Bangunan yang lama dan buruk itulah tempat latihan bagi ahli Persatuan Taekwondo Terengganu, bertempat di Pulau Kambing. Inilah tempat yang penulis kadang-kadang pergi training taekwondo, lebih 3 tahun dahulu, sewaktu tahun 2006. Sebenarnya sewaktu penulis aktif bermain taekwondo dahulu di sekolah, latihan selalunya diadakan di sekolah, dan tempat latihan itu, atau lebih dikenali sebagai “gym”, tidaklah wajib menghadirinya, tetapi digalakkan oleh jurulatih penulis sendiri.

Pejabat dan juga pusat latihan Persatuan Taekwondo Terengganu (tingkat atas). Sudah lama dan buruk. Gambar diambil dari gerai makanan di seberang jalan, diambil pada Isnin lepas.
Seingat penulis, kali pertama penulis datang ke sana ialah pada pertengahan tahun 2005, taklimat untuk para urusetia di Kejohanan Taekwondo Ramaja Kebangsaan. Penulis tak ambil bahagian di kejohanan kebangsaan, kerana tidak layak. Di dalamnya, terdapat sebuah pejabat kecil, stor, tandas, dan juga tempat latihan yang boleh memuatkan kira-kira 40 lebih pelajar. Bagi penulis, tempat sebegini hanyalah untuk mereka yang sudah “pro”, punyai stamina yang banyak, aktif, dan cerdas. Sepanjang aktif selama dua tahun di sekolah, penulis gagal untuk memenuhi kriteria di atas. Tempat itu hanyalah bagi yang berkebolehan, dan skuad negeri selalu berlatih di sana.
Kali pertama penulis datang untuk training di sana ialah pada pertengahan 2006, sewaktu di Tingkatan 5. Masa itu, penulis sangat “nervous”, kerana berhadapan dengan pemain-pemain negeri. Lagipun pada waktu itu penulis masih lagi dibelenggu dengan masalah “self confidence”. Latihan di sana diadakan pada waktu malam, dan malam itu, hanya penulis dan 2 orang rakan sahaja yang bukan dari kalangan atlit negeri. Dan pada malam itu juga, terciptalah satu sejarah, kebiasaannya selepas habis latihan, para pelajar akan disuruh “sparring” oleh jurulatih. Dan pada malam itu, jurulatih penulis menyuruh penulis sparring dengan salah seorang kawan, dari sekolah yang sama. Penulis pada malam itu berlawan dengan penuh rasa gementar, dan

zoom dari jauh, bertempat di tingkat paling atas, mempunyai sign board dan logo Persatuan Taekwondo Terengganu.
nervous, dan oleh kerana terlalu gementar, penulis telahpun mematahkan sebatang gigi kawan penulis apabila tidak semena-mena penulis tertumbuk muka dia.
Terketar habis lutut penulis, apabila melihat dia menahan kesakitan, dan darah tak henti-henti keluar dari mulut dia. Penulis tak sengaja. Habis semua mata tertumpu pada penulis. Nasib baiklah kawan penulis tu jenis yang baik hati, dan jenis tidak berdendam. Dia memaafkan kesalahan penulis. Lega!
Seingat penulis, penulis hanya datang training di situ lebih kurang 4 kali saja. Setiap kali training, pasti seluruh uniform penulis akan basah, umpama disimbah air, sebab banyak sangat berpeluh. Itu kerana latihan di sana sangat kasar, sesuai dengan tempat untuk pemain negeri – tak seperti latihan yang diadakan di sekolah. Kini, semuanya tinggal kenangan. Penulis tidak lagi aktif dalam Taekwondo, tapi penulis tak pasti dengan kawan penulis yang patah gigi itu – masih aktif atau tidak, kerana sudah lama tak berjumpa. Dan kawan penulis yang seorang lagi, sudahpun bergelar jurulatih, mempunyai black belt, dan juga sekeping sijil sukan yang sama taraf dengan diploma – walaupun pendidikannya hanya setakat SPM. Tapi tuhan mengurniakannya tubuh badan yang kuat, kemahiran, serta stamina yang banyak. Penulis? Entahlah.. masih terkontang-kanting dengan keadaan sekarang yang tidak pasti…


main game yang dikategorikan “agak susah”, dan pada waktu itulah penulis rajin membelek-belek kamus, dan hasilnya, semakin bertambahlah vocabulary dalam kepala penulis ini. Penulis selalu mengamalkan cara sebegini, dan perkembangannya penulis dapat rasakan sewaktu naik ke tingkatan 3, markah subjek Bahasa Inggeris penulis mendadak naik. Dan melihat perkembangan yang agak menggembirakan ini, membuatkan penulis semakin bersemangat untuk belajar, lagipun penulis selalu mendapat pujian daripada cikgu – membuatkan semangat untuk cemerlang dalam Bahasa Inggeris semakin berkobar-kobar! Tapi, pada tahun itu penulis berhadapan dengan PMR, dan result bagi subjek bahasa Inggeris hanyalah “B”. Sebelum exam, penulis dah target “A”. Tapi penulis masih tak putus asa. Sikap tersebut terbawa-bawa sehinggalah penulis akan menghadapi SPM – 3 tahun lepas. Dan Alhamdulillah, dapat juga “A” dalam bahasa Inggeris. Game seumpama inilah yang berjaya memupuk minat penulis dalam bahasa Inggeris. Tak perlu belajar Matematika dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ada alternatifnya. Nasib baik penulis tak sempat dengan PPSMI, kehkehkeh…











Recent Comments