29
Apr
09

Gym (Pusat Latihan)

Bangunan yang lama dan buruk itulah tempat latihan bagi ahli Persatuan Taekwondo Terengganu, bertempat di Pulau Kambing. Inilah tempat yang penulis kadang-kadang pergi training taekwondo, lebih 3 tahun dahulu, sewaktu tahun 2006. Sebenarnya sewaktu penulis aktif bermain taekwondo dahulu di sekolah, latihan selalunya diadakan di sekolah, dan tempat latihan itu, atau lebih dikenali sebagai “gym”, tidaklah wajib menghadirinya, tetapi digalakkan oleh jurulatih penulis sendiri.

Pejabat dan juga pusat latihan Persatuan Taekwondo Terengganu (tingkat atas). Sudah lama dan buruk. Gambar diambil dari gerai makanan di seberang jalan, diambil pada Isnin lepas.

Pejabat dan juga pusat latihan Persatuan Taekwondo Terengganu (tingkat atas). Sudah lama dan buruk. Gambar diambil dari gerai makanan di seberang jalan, diambil pada Isnin lepas.

Seingat penulis, kali pertama penulis datang ke sana ialah pada pertengahan tahun 2005, taklimat untuk para urusetia di Kejohanan Taekwondo Ramaja Kebangsaan. Penulis tak ambil bahagian di kejohanan kebangsaan, kerana tidak layak. Di dalamnya, terdapat sebuah pejabat kecil, stor, tandas, dan juga tempat latihan yang boleh memuatkan kira-kira 40 lebih pelajar. Bagi penulis, tempat sebegini hanyalah untuk mereka yang sudah “pro”, punyai stamina yang banyak, aktif, dan cerdas.  Sepanjang aktif selama dua tahun di sekolah, penulis gagal untuk memenuhi kriteria di atas. Tempat itu hanyalah bagi yang berkebolehan, dan skuad negeri selalu berlatih di sana.

Kali pertama penulis datang untuk training di sana ialah pada pertengahan 2006, sewaktu di Tingkatan 5. Masa itu, penulis sangat “nervous”, kerana berhadapan dengan pemain-pemain negeri.  Lagipun pada waktu itu penulis masih lagi dibelenggu dengan masalah “self confidence”. Latihan di sana diadakan pada waktu malam, dan malam itu, hanya penulis dan 2 orang rakan sahaja yang bukan dari kalangan atlit negeri. Dan pada malam itu juga, terciptalah satu sejarah, kebiasaannya selepas habis latihan, para pelajar akan disuruh “sparring” oleh jurulatih. Dan pada malam itu, jurulatih penulis menyuruh penulis sparring dengan salah seorang kawan, dari sekolah yang sama. Penulis pada malam itu berlawan dengan penuh rasa gementar, dan

zoom dari jauh, bertempat di tingkat paling atas, mempunyai sign board dan logo Persatuan Taekwondo Terengganu.

zoom dari jauh, bertempat di tingkat paling atas, mempunyai sign board dan logo Persatuan Taekwondo Terengganu.

nervous, dan oleh kerana terlalu gementar, penulis telahpun mematahkan sebatang gigi kawan penulis apabila tidak semena-mena penulis tertumbuk muka dia.

Terketar habis lutut penulis, apabila melihat dia menahan kesakitan, dan darah tak henti-henti keluar dari mulut dia. Penulis tak sengaja. Habis semua mata tertumpu pada penulis. Nasib baiklah kawan penulis tu jenis yang baik hati, dan jenis tidak berdendam. Dia memaafkan kesalahan penulis. Lega!

Seingat penulis, penulis hanya datang training di situ lebih kurang 4 kali saja. Setiap kali training, pasti seluruh uniform penulis akan basah, umpama disimbah air, sebab banyak sangat berpeluh. Itu kerana latihan di sana sangat kasar, sesuai dengan tempat untuk pemain negeri – tak seperti latihan yang diadakan di sekolah. Kini, semuanya tinggal kenangan. Penulis tidak lagi aktif dalam Taekwondo, tapi penulis tak pasti dengan kawan penulis yang patah gigi itu – masih aktif atau tidak, kerana sudah lama tak berjumpa. Dan kawan penulis yang seorang lagi, sudahpun bergelar jurulatih, mempunyai black belt, dan juga sekeping sijil sukan yang sama taraf dengan diploma – walaupun pendidikannya hanya setakat SPM. Tapi tuhan mengurniakannya tubuh badan yang kuat, kemahiran, serta stamina yang banyak. Penulis? Entahlah.. masih terkontang-kanting dengan keadaan sekarang yang tidak pasti…


2 Responses to “Gym (Pusat Latihan)”


  1. April 29, 2009 at 11:48 pm

    Mung ni asal orang terengganu gopenya. hehehe baru tahu. ingat lagi waktu rea reformasi balik ceramah di kelantan dgn setiausaha agong.abg jamil bawa kere. yg lains emua tido. tak pernah ke kelantan.balik pukul 1.00 pagi.tersesat sampai ke terengganu. lalu di jalan kampong jadi eddie lawson elak lembu dan tahi lembu.last-last entah cam ne betul betul masuk jalan mati sapai bawah rumah orang kampong. rupa-rupa dfah tersesat dari pukul 1.30 pagi sampai 3.00 pagi. sesat hampir 40 kilometer. hampehhh

    • 2 reformisjalanan
      April 30, 2009 at 11:57 am

      itulah, kan hari tu saya ada bagitau saya ni orang terengganu? lain kali banyakkan makan kismis, biar otak fresh, pastu ingatan kuat. hehehe.

      terengganu memang banyak lembu. itu best tu. banyak makan gulai daging kawah. there’s nothing special in kuala terengganu but i love it.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s


 

April 2009
M T W T F S S
    May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Admin

I am trouble maker ;o)

WAU_tab('71eqrd465kvx', 'left-middle')

Top Clicks

  • None

Follow Me On Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Flickr Photos

RPK

IMG_0025

28154_1458738631480_1323825584_1269629_2911940_n

More Photos

Categories

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 2 other followers

Blog Stats

  • 18,111 hits

Since 25th April 2009


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.