Archive for May, 2009

31
May
09

Hari-Hari Yang Awal

Ketika ini sudah masuk minggu ke-3 saya berada di tempat ini. Belajar pun sikit-sikit saja. Maklumlah baru beberapa minggu. Cuma bab belajar tu saya sedikit gusar mengenai kerja yang bakal bertimbun. Pensyarah perempuan memang macam tu, suruh buat itu, buat ini, dan agak cerewet. Sebab itu saya lebih senang dengan pensyarah lelaki, biasanya agak “sempoi”, dan kalau jenis yang sekepala, memang beruntunglah.

 

Saya tak berapa suka sangat dengan pensyarah perempuan. Jenis ceroi punya kaki. Kebiasaannya semasa awal-awal lagi, banyak perkara yang perlu dijelaskan, contohnya pembayaran buku-buku yang akan digunakan didalam kelas, pendaftaran itu dan ini. Tapi pada awal inilah agak rileks sikit. Banyak rehat, dan belajar pun kurang, kalau ada kelas, biasanya sesi “berkenal-kenalan”. Macam budak-budak pula, sudahlah orang dalam kelas pun tahap mentaliti macam budak sekolah rendah, sama ada jantan mahupun betina. Orang kata, “budak skema”. Malu betul saya duduk dalam kelas macam ni.

 

 

Sekarang saya sibukkan diri dengan internet dulu, kerja pun tak ada lagi, bahkan ada beberapa kelas, pensyarah pun belum masuk lagi, dan belum lagi kenal. Tapi disebabkan line internet (wireless) menyakitkan hati, blog pun diupdate jarang-jarang saja. Contohnya blog ini dan satu lagi blog wordpress. Saya cuma berikan perhatian terhadap blog yang utama (blogspot).

20
May
09

Rusila

Sebahagian daripada Taman Medan Jaya, gambar diambil dari Masjid Medan Jaya

Sebahagian daripada Taman Medan Jaya, gambar diambil dari Masjid Medan Jaya

Di tempat inilah merupakan salah satu tempat saya membesar. Lokasinya di Taman Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu. Sekarang tempat ini tak banyak berubah, sama keadaannya sewaktu saya kecil dahulu. Saya selalu balik di sini, tidur di rumah nenek, sewaktu cuti. Sejak dari dulu hinggalah sekarang. Dulu semasa cuti sekolah, dekat akhir tahun, di sinilah tempat menghabiskan cuti. Ingat lagi pada waktu itu akhir tahun 2005 dan juga akhir tahun 2006.

Pada tahun 2007, tinggal di sini lama sikit, maklumlah tahun tersebut merupakan “tahun rehat”, memandangkan tahun sebelumnya saya menduduki SPM. Berbulan-bulan juga, hinggalah 2008. Bagi saya, untuk melihat pemandangan yang indah di sini, biasanya saya duduk belakang rumah saja, lihat bangunan Telekom dari jauh (saya pernah menulis tentang ini pada entri sebelumnya. Boleh disemak). Seminggu sebelum balik semula ke Selangor, saya menikmati pemandangan cantik Taman Medan Jaya dari Masjid Medan Jaya, yang terletak di atas bukit. Sungguh nyaman rasanya sewaktu sembahyang zohor di masjid tersebut, kerana tempatnya yang tinggi.

Masjid Medan Jaya yang terletak di atas bukit. Pemandangan dari jauh, depan rumah nenek.

Masjid Medan Jaya yang terletak di atas bukit. Pemandangan dari jauh, depan rumah nenek.

Tapi masjid ini saya ingat dulu hanya beberapa kali saja saya sembahyang jemaah di sana. Lagipun jemaahnya agak kurang. Boleh dikira dengan jari. Maklumlah masjid puak “ehem-ehem” (tak mau bicara pasal politik :) ) Biasanya di Rusila, masjid yang saya kerap pergi ialah Masjid Rusila, yang terletak di luar Taman Medan Jaya, atau lebih dikenali sebagai Masjid Haji Hadi. Kalau saya bercuti di sini, setiap pagi Jumaat menjadi satu kewajipan kepada saya untuk pergi mendengar kuliah di sana. Saya masih ingat dua tahun lepas, selepas saya keluar dari Madrasah al-Hidayah pada Jun 2008, saya tinggal di sini, dan tiap-tiap minggu saya pergi ke Masjid Rusila.

Masjid Rusila (Masjid Haji Hadi)

Masjid Rusila (Masjid Haji Hadi)

Gambar di atas bukan kepunyaan saya, saya tak ambil menggunakan kamera. Tapi dapat dari internet, tadi petang saya buka sekejap Google Satellite, nak tengok Kuala Terengganu dari angkasa. Nak lepaskan rindu. Bila search Rusila, Marang, Terengganu, ada terkeluar gambar masjid ni satu. Lepastu terus save lah gambar ini.

16
May
09

SELAMAT HARI GURU

Mengimbau kembali di zaman yang mana setiap tahun pasti saya akan menyambut hari guru. Iaitulah semasa saya masih lagi bergelar pelajar di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang (SMASZA Ladang). Pada setiap 16 Mei, majlis yang diadakan di sekolah pasti meriah. Macam-macam acara diadakan. Saya masih ingat lagi semua guru di sekolah menyanyi lagu hari guru di atas pentas di dalam dewan. Saya ingat lagi lagunya. Kemudian, nyanyian memperingati guru, lakonan, dsb lakukan oleh pelajar junior mahupun senior. Cukup meriah pada waktu itu. Dan pada waktu itulah kita secara automatik berbaik dengan guru yang kurang disukai. Tentulah guru disiplin. Tapi pada setiap 16 Mei perwatakannya berubah menjadi baik.

Sekarang baru saya merasa cukup bermakna sambutan ini apabila sudah tamat sekolah. Hari ini, 16 Mei, ucapan Selamat Hari Guru saya dedikasikan kepada guru-guru yang bersusah payah mendidik saya, sejak dari tingkatan satu hinggalah menjelang SPM. Beberapa orang khasnya. Banyak memori-memori lalu yang masih berbekas di dalam hati. Sabariah Abdul Mubin, sekarang ini beliau memegang jawatan Penolong Kanan di  sekolah, kalau dulu, beliau hanyalah seorang guru Bahasa Inggeris biasa. Beliau juga dipanggil dengan nama Teacher Ba. Biasanya kertas subjek Bahasa Inggeris saya selalu mendapat markah tinggi. Saya ingat lagi, pada awal 2006, beliau sanggup sponsor saya untuk pergi ke kem Bahasa Inggeris yang diadakan di sekolah berhampiran, semata-mata tak mahu saya ketingalan seperti rakan-rakan yang turut pergi sama. Saya tak perlu membayar sebagaimana rakan yang lain.

Begitu juga dengan Cikgu Norma Nawi dan Cikgu Noraini. Sewaktu di Tingkatan 4 dahulu, saya cukup malas dengan subjek Matematik, dan selalu fail. Bila naik ke Tingkatan 5, tiba-tiba saja semangat nak belajar naik, dan Cikgu Normalah yang membimbing saya sehingga akhirnya saya mendapat A dalam subjek tersebut di dalam SPM, satu perkara yang tak pernah dijangka. Sama juga dengan Cikgu Noraini, semangat yang ditunjukkan membuatkan saya rajin belajar dan ulangkaji subjek Ekonomi Asas. Tahun lepas, 2 tahun  selepas meninggalkan sekolah, saya hanya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada kedua-dua cikgu ini melalui sms, guru yang lain saya tiada nombornya.

Dan saya tak lupa ucapan Selamat Hari Guru ditujukan khas buat guru yang mengenali saya, sejak dari Tingkatan 1 sampailah ke Tingkatan 5, saya akan cuba senaraikan; Ustaz Rashid, Ustazah Nuriah, Ustaz Ahmad, Cikgu Fauzan, Cikgu Anita, Cikgu Fauzi, Cikgu Syed, Cikgu Ali, Cikgu Salimah, Ustaz Ismail, Cikgu Salbiah, Cikgu Norizan, Teacher Rozaina, Cikgu Noraini, Cikgu Mohd Noor, Cikgu Fatimah, Cikgu Zakiah, Teacher Halina, Cikgu Md Rani, Cikgu Nik, Ustazah Habsah, Cikgu Ismail Muda, Ustaz Razduan, Teacher Sabariah Mubin, Cikgu Salwati, Cikgu Sharman, Cikgu Afnida, Ustazah Wook, Ustazah Sabariah Sambak, Cikgu Soohaimi, dan Cikgu Azmi. Terima kasih, jasa kalian saya kenang sampai bila-bila.

Ucapan hari guru ini juga saya ucapkan kepada semua guru yang bernafas di atas muka bumi ini (pensyarah dan ustaz juga dikategorikan sebagai guru), KECUALI guru yang pentingkan diri, yang zalim, yang mahukan duit semata-mata, tak ikhlas, dan lain-lain sifat negatif. Golongan ini langsung tidak layak dipanggil guru. Baik pergi jahanam. Kepada guru-guru yang baik, teruskan usaha murni kalian mendidik serta membimbing anak-anak bangsa, supaya menjadi insan berguna.

SELAMAT HARI GURU ;)

15
May
09

Penempatan Baru

Semalam baru saja mendaftar di tempat penulis belajar, dan penulis diberikan blok yang baru saja siap. Biliknya kecil sedikit berbanding bilik lama, dan kali ini tinggal 4 orang sebilik, berbanding semester lepas, 6 orang sebilik.

Pintu bilik, tertera bahagian blok, nombor bilik, dan jenis bilik. P8-218-D (Parcel 8, bilik no. 218, type D)

Pintu bilik, tertera bahagian blok, nombor bilik, dan jenis bilik. P8-218-D (Parcel 8, bilik no. 218, type D)

pandangan selepas masuk ke dalam. 4 buah meja, dibelakangnya 4 katil, dan 4 loker.

pandangan selepas masuk ke dalam. 4 buah meja, dibelakangnya 4 katil, dan 4 loker.

Meja juga agak kecil berbanding semester lepas, tiada rak. Tapi di setiap meja disediakan 2 plug, 1 notice board, dan 1 lampu meja. Sedap memang sedap, tapi bayarannya “lagi sedap”. Biasalah, kalau tak mencekik darah bukan swasta namanya!

Yang ada laptop itu meja penulis. Berhampiran pintu.

Yang ada laptop itu meja penulis. Berhampiran pintu.

14052009(002)Semseter lepas kos bilik 1 hari harganya RM4. Bilik di dengar kata RM5.50 1 hari. Kuranglah balance duit akhir semester ni.

Di sebelah hujung sekali dekat dinding katil tempat penulis beradu. Lokernya di hujung katil.

Di sebelah hujung sekali dekat dinding katil tempat penulis beradu. Lokernya di hujung katil.

12
May
09

Ikan Masak 3 Rasa

Gambar dari Internet : Ikan Siakap 3 Rasa

Makluman : Oleh kerana halaman ini mempunyai hit yang paling tinggi, suka saya maklumkan untuk meng-edit semula entri ini untuk memudahkan pembaca-pembaca (terutamanya suri rumah) yang mencari resepi melalui internet. Entri ini saya terbitkan pada tahun lepas dan hari ini (6hb Mei 2010) saya akan mengemaskini khas untuk entri ini.

Beberapa hari lepas saya menolong abang ipar kepada mak cik saya memasak, kerana pekerjaan dia ialah menerima tempahan catering (dia seorang Chef, pernah bekerja di D’ Palma Hotel Ampang). Saya belajar daripadanya satu resepi yang mudah, dan dia berkata, masakan inilah yang mula-mula dibuatnya semasa dia belajar memasak dahulu. Masakannya ialah Ikan kerapu masak 3 rasa. Tapi saya biasanya hanya berselera/cenderung kepada ikan merah, ikan yang lain kurang sikit (tapi makan juga).

Bahan-bahan untuk menggoreng ikan ialah :

1) Garam secukup rasa,

2) kunyit,

3) dan tepung ubi.

Gaulkan bahan-bahan di atas dengan ikan. Bahan untuk membuat kuah 3 rasa ialah :

1) sos cili,

2) sos tomato,

3) sebiji bawang besar,

4) dan sayur campur.

Goreng ikan yang telah digaul bersama garam, kunyit, dan tepung ubi tadi ke dalam minyak, biarkan sehingga garing. Selepas itu angkat ikan tersebut. Simpan semula minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan tadi. Kemudian, masukkan sos cili dan tomato ke dalam kuali, lebihkan sos tomato, campur dengan sedikit air.

Tak perlu menumis kerana ia akan menambahkan minyak ke dalam tubuh, juga tak perlu bawang putih kerana sos cili telahpun mengandungi bawang putih. Potong bawang besar tadi, kemudian masukkan ke dalam sos, kemudian apabila sedikit mendidih, masukkan pula sayur campur. Biarkan beberapa minit.

Kuah 3 rasa sudahpun siap, dan tuangkannya keatas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dimakan. Nak nampak lebih sedap dan menyelerakan, lapikkan ikan yang telah digoreng ke atas daun salad, kemudian jiruskan kuah/sos 3 rasa tersebut, dan hiaskan dengan hirisan-hirisan tomato beserta taburan daun bawang ataupun bawang goreng.

P/S : Saya terlupa untuk mengambil gambar masakan itu, jadi  hanya letakkan gambar yang diambil dari internet.

Banyak lagi skill masakan yang telah diajarkan kepada saya. Masakan yang ringkas ini adalah salah satu daripadanya. Dan satu lagi info penting, apa-apa jua masakan, pastikan pisau sentiasa tajam. Selamat mencuba. :)




 

May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Admin

I am trouble maker ;o)

WAU_tab('71eqrd465kvx', 'left-middle')

Top Clicks

  • None

Follow Me On Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Flickr Photos

RPK

IMG_0025

28154_1458738631480_1323825584_1269629_2911940_n

More Photos

Categories

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 2 other followers

Blog Stats

  • 18,111 hits

Since 25th April 2009


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.