Archive for June, 2009

27
Jun
09

Croatian Rhapsody

Maksim - Croatian Rhapsody

Maksim - Croatian Rhapsody

Alunan piano yang dimainkan oleh seorang warganegara Croatia telah menarik minat saya. Bagi saya, muzik yang dimainkan olehnya mampu meredakan serta menenangkan hati. Kadang-kadang boleh terleka juga.

Tajuknya ialah Croatian Rhapsody. Saya lihat klip video dia, ianya ialah

Maksim Mrvica

Maksim Mrvica

gabungan daripada alunan piano, gitar, biola, dan drum. Lagipun alatan muzik yang saya gemari ialah piano dan biola.

Maksim memang dikenali sebagai pemain piano profesional. Seingat saya dia pernah ditemuramah di dalam sebuah majalah tentang perjalanannya sewaktu ke Malaysia dan ke negeri Terengganu. Maksim memberitahu di Terengganu makanan kegemarannya ialah Satar.

Saya kagum melihat beliau main piano, jari jemarinya begitu laju. Dan saya sebenarnya lebih suka irama alatan muzik sahaja berbanding dengan lagu yang dinyanyikan.

20
Jun
09

Acar Jelatah

Acar Jelatah

Acar Jelatah

Satu lagi juadah yang saya belajar dari seorang Chef di rumah ibunya di Ampang, Chef yang jumpa arnab di bawah ini laa.. Hidangan ini sangat ringkas dan mudah disediakan.

Bahan-bahannya ialah timun, nenas muda, lada, bawang, tomato, gula, garam, dan sos tomato. Kuantiti bagi bahan-bahan di atas adalah ikut suka hati.

Timun dihiris nipis, kemudian potong 2, nenas muda dipotong segitiga, bawang juga dipotong halus, tomato dipotong lapan, dan lada dihiris serong. Gaulkan baham-bahan-bahan ini di dalam satu bekas. Masukkan garam secukup rasa, kemudia gula, dan sos tomato, secukup rasa. Gaulkan.

 

Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi minyak, nasi beriani, nasi tomato, dan seumpamanya.

13
Jun
09

Kucing Belanda

Seekor arnab dijumpai di Flat Seri Nilam, Ampang. Ditemukan oleh seorang chef yang berumur 40-an, di depan rumahnya. Arnab jantan, berbulu coklat, dan lembut seakan-akan kucing, dan berumur di dalam linkungan 3 bulan. Sekarang arnab ini berada di Lembah Jaya Selatan, Ampang. Chef tersebut membawa mamalia ini ke rumah emaknya.

Arnab yang diletakkan di dalam sangkar. Jinak dan tidak lari apabila dilepaskan.

Arnab yang diletakkan di dalam sangkar. Jinak dan tidak lari apabila dilepaskan.

Comel betul. Tapi tak setanding kucing. Saya suka kucing berbanding arnab. Arnab ni senyap. Kucing keluar juga bunyi.

Comel betul. Tapi tak setanding kucing. Saya suka kucing berbanding arnab. Arnab ni senyap. Kucing keluar juga bunyi.

Musuh ketat kepada mamalia ini ialah anjing. Anjing kalau lihat makhluk di atas ni, mesti riuh rendah dan menyalak-nyalak, kemudian kejar, dan kalau nasib baik, dapat “ngap”. Arnab ni pulak kalau nampak je anjing, mesti lari macam tengok hantu. Binatang pemangsa lah katakan. mata pun kat tepi. Chef tersebut menceritakan kepada saya, dia masa muda dulu pernah makan daging arnab ini, isinya warna putih, rasanya seperti ayam. Paha pun sama macam ayam. Tapi saya tak dapat bayangkan. Macam makan kucing pulak. Orang Ahlul Bait dilarang memakan haiwan ini.

Duduk di atas daun pisang, untuk dimakan. Carrot pun tak habis lagi.

Duduk di atas daun pisang, untuk dimakan. Carrot pun tak habis lagi.

Mengunyah salah satu makanan kegemaran, iaitu daun pokok pisang. Bila dah dapat daun pisang, terus dilupakan dan dipijak carrot itu. Carrot diketepikan

Mengunyah salah satu makanan kegemaran, iaitu daun pokok pisang. Bila dah dapat daun pisang, terus dilupakan dan dipijak carrot itu. Carrot diketepikan

Makanan kegemaran bagi animal di atas ialah daun pisang dan daun pucuk ubi. Memang favourite. Ini arnab jantan, dan chef tersebut telah bagi cadangan untuk mengahwinkannya dengan arnab betina. Tapi last-last dia nak arnab ni jadi gay pulak, nak letak dengan arnab jantan lain. (dengar ceritalah).

TIPS MENJAGA ARNAB : Bila arnab betina melahirkan anaknya, (biasanya 4,5 ekor sekali beranak. Maksimum 8 ekor) jangan sesekali sentuh anak arnab tersebut, kerana ibunya tak akan menyusukan anaknya apabila terdapat bau manusia pada anaknya. ibunya akan biarkan anaknya mati.

Kenapa tajuk posting ini “Kucing Belanda”? sebab didalam kitab jawi lama (atau kitab kuning), binatang ini disebut sebagai kucing belanda.

05
Jun
09

Lebih Mencabar

Betullah kata-kata orang, semakin kita meningkat dari semester ke semester, pembelajaran makin sukar. Sebab itulah bila kita mula-mula start melanjutkan pelajaran ke IPT, mesti score tinggi. Walaupun saya tak ambil kisah sangat pasal markah, namun saya terpaksa mengiakan bahawa cabaran semakin hebat apabila kita semakin senior.

 

Sekarang saya sudahpun semester 3. Bermakna saya sudah masuk tahun ke 2. Dan juga bermakna sudah setahun rupanya saya menghabiskan waktu di sini, dengan persekitaran dan keadaan yang “ntah hapa-hapa”. Namun oleh kerana zaman ini memerlukan serta mewajibkan seseorang memiliki kelulusan, terpaksa jugalah saya menamatkan sebahagian hidup saya di sini, walaupun untuk segulung Diploma. Selepas graduate nanti (InsyaAllah), tobat saya tak mahu sambung belajar lagi, dan mahu menumpukan terhadap kerja dan bidang yang saya minat. Diploma pun diploma lah, walaupun apa kelulusan pun, setinggi mana pun, perlu diingat ya tuan-tuan dan puan-puan, itu semua (kelulusan) tak dapat membantu kita di dalam kubur mahupun di padang mahsyar nanti. Take a note ye!

 

Berbalik pada cabaran yang semakin hebat itu. Sepatutnya saya belajar dengan jam kredit 15 saja, tapi disebabkan kecuaian saya tersilap menyalin jadual final exam pada bulan Mac lepas, menyebabkan semester ini saya terpaksa repeat satu subjek yang mempunyai 3 jam kredit, membuatkan jam kredit saya melebihi rakan-rakan yang lain, iaitu 18. Tak apalah, tak kisah sangat pun. Asalkan pointer atas daripada 2. Kalau tak, pinjaman tak lulus.

 

Tapi baru 2 minggu start belajar, kerja yang dapat sudah hampir bertimbun. Jadi busy sikit. Kacau betul. Ditambah lagi dengan subjek baru Bahasa Mandarin. Mencabar juga, terbelit lidah nak menyebut huruf di dalam Pinyin Sistem iaitu huruf di dalam Bahasa Mandarin. Kalau semester yang lepas-lepas, saya ambil Bahasa Arab, dan boleh la nak main-main, sebab saya punya asas di dalam bahasa tersebut. Semasa semester 1 dan 2, saya dapat 4 flat di dalam subjek itu. Semester ini mungkin lain sikit, dan kena kerja lebih keras lagi. Ditambah lagi dengan 1 subjek kena repeat, tapi pensyarahnya belum ada lagi, khabarnya 15hb ni baru ada.

 

Duduk di sini kena sibukkan dengan kerja itu dan ini. Pensyarah pun satu, bengong. Bagi kerja, atau assignment, bukan mereka tak tahu, hasil kerja pasti kerja “cetak rompak”, kerana pelajar akan tiru sana-sini, copy di dalam internet, jadi kerja yang diberi bukannya hasil daripada otak pelajar tersebut. nasib baik seorang ustaz yang mengajar Fiqh ni cerdik, dia tak bagi pun kerja, cuma tugasannya ialah presentation saja. Nasiblah, dah selamat satu subjek. Busy berkuranglah sikit.

 

Tapi masalah lain pula timbul, lecturer English pulak, setiap masa cakap Inggeris je, bukan saya tak faham, cuma benci kepada sesiapa yang mengenepikan bahasa ibunda. Dahla tegas, walaupun nampak lawak. Nasiblah, baki ada 3 semester lagi. Nak tak nak, terpaksalah menghabiskan semuanya, bila dah keluar dari sini, baru merdeka. Bosan dan rimas di sini.




 

June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Admin

I am trouble maker ;o)

WAU_tab('71eqrd465kvx', 'left-middle')

Top Clicks

  • None

Follow Me On Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Flickr Photos

RPK

IMG_0025

28154_1458738631480_1323825584_1269629_2911940_n

More Photos

Categories

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 2 other followers

Blog Stats

  • 18,111 hits

Since 25th April 2009


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.