jump to navigation

Taman Tamadun Islam September 25, 2009

Posted by Yakuza in Catatan, jalan-jalan, Kenangan, libur.
trackback

Hari raya ke-5 kami beraya di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu (berdekatan dengan Masjid Kristal). Beberapa tahun lepas, jika dilihat pada pulau tersebut dari Jambatan Sultan Mahmud, tak ubah seperti hutan rimba dalam cerita Amazon. Sekarang sudah berubah menjadi pulau yang dipenuhi dengan replika dan monumen, masjid, taman permainan serta cafe. Di bawah ini adalah gambar yang sempat diambil (ala Fotopages).

Pintu masuk ke Taman Tamadun Islam. Dewasa RM 10, Kanak-kanak 7 tahun - 12 tahun RM 5. Bawah 7 tahun masuk percuma. Pengunjung akan diberi satu passport untuk kunjungan berikutnya.

Pintu masuk ke Taman Tamadun Islam. Dewasa RM 10, Kanak-kanak 7 tahun – 12 tahun RM 5. Bawah 7 tahun masuk percuma. Pengunjung akan diberi satu passport untuk kunjungan berikutnya.

Kami masuk pada jam 6.15 petang, hanya 45 minit berada di dalam, kerana taman tersebut ditutup pada jam 7 malam. Kami dibawa melawat kesemua replika masjid dan monumen dengan menaiki keretapi (tram) yang dipandu oleh pekerja taman tersebut. ( Tram = Dewasa : RM 6, Kanak-kanak (7-12) : RM 3). Tram tersebut berhenti di 4 masjid/monumen. Tapi semalam hanya berhenti di 3 tempat saja, kerana masa tak cukup.

Hentian pertama di replika Masjid Negara (tempat kami menaiki tram pada mula). Gambar tak diambil, sebab dah puas pergi Masjid Negara  ;)

Hentian kedua, replika Kubah as-Sakhrah (Dome of Rock, Palestine). Di dalamnya ada siaran dokumentari (macam dalam panggung wayang). Dan pengunjung boleh naik ke atas untuk masuk ke bahagian dalam kubah tersebut.  p/s : ini bukan al-Aqsa..!

Hentian kedua, replika Kubah as-Sakhrah (Dome of Rock, Palestine). Di dalamnya ada siaran dokumentari (macam dalam panggung wayang). Dan pengunjung boleh naik ke atas untuk masuk ke bahagian dalam kubah tersebut. p/s : ini bukan al-Aqsa..!

Bahagian dalam kubah as-Sakhrah. Ada replika batu besar. Rasa macam berada di tempat yang sebenar, diikuti dengan "bau" nya yang tersendiri.

Bahagian dalam kubah as-Sakhrah. Ada replika batu besar. Rasa macam berada di tempat yang sebenar, diikuti dengan “bau” nya yang tersendiri.

Kemudian tram kami berhenti di hentian ketiga, iaitu di replika Masjidil Haram. Di dalamnya penuh dengan replika serban orang arab dahulu, pisau, pedang, jubah, ka’abah, dan replika serban Nabi Muhammad SAW. (Gambar lupa diambil).

Replika Masjid Sheikh Lutfallah di Iran. Sangat cantik. Tapi hanya replika, tak boleh masuk ke dalam.

Replika Masjid Sheikh Lutfallah di Iran. Sangat cantik. Tapi hanya replika, tak boleh masuk ke dalam. Masjid yang dibina pada zaman Dinasti Safawi.

Replika Masjid Suleyman di Turki (gambar diambil semasa berada di atas tram. Masjid ini dibina pada 1557M (empayar Othmaniah) dalam pemerintahan Sultan Suleyman.

Replika Masjid Suleyman di Turki (gambar diambil semasa berada di atas tram. Masjid ini dibina pada 1557M (empayar Othmaniah) dalam pemerintahan Sultan Suleyman.

Replika Xian Mosque di China, masjid yang dibina oleh Laksamana Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang. Rupa seperti kuil Buddha, tapi kedudukannya mengadap kiblat.

Replika Xian Mosque di China, masjid yang dibina oleh Laksamana Cheng Ho pada zaman Dinasti Ming. Rupa seperti kuil Buddha, tapi kedudukannya mengadap kiblat.

Replika masjid Kul Sharif, Kazan, Rusia. Dibina semula selepas kejatuhan Soviet Union.

Replika masjid Kul Sharif, Kazan, Rusia. Dibina semula selepas kejatuhan Soviet Union.

Setakat ini saja gambar yang diambil. Sikit memang sikit, maklumlah guna telefon saja. Kurang bersemangat sikit ambil gambar. Lebih banyak melihat dengan mata daripada ambil gambar. Selain daripada replika-replika di atas, ada lagi replika yang menarik seperti replika Kota Aleppo di Syria, Masjid Nabawi, Menara Uzbekistan, Taj Mahal, dan Masjid Samarra yang berbentuk seperti menara berpusing di Iraq.

About these ads

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: