YOSHITO USUI (21 April 1958 – 11 September 2009)
Saya mendapat tahu pelukis kartun Crayon Shin Chan, Yoshito Usui telah meninggal dunia melalui satu majalah yang dibeli semalam. Mendiang mati dalam usia 52 tahun. Saya kira peminat komik dan animasi di dunia telah kehilangan seorang lagi “legenda”, selepas daripada Fujio F. Fujiko (Doraemon). Yoshito Usui ditemui mati terjatuh di cenuram Tomoiwa, Gunung Arafune yang terletak di Wilayah Gunma Jepun ketika mendaki gunung. Mayatnya ditemui pada hari Sabtu lepas selepas dilaporkan hilang sewaktu mendaki pada 12 September. Ini bermakna sudah 2 bulan lebih baru mayatnya dijumpai. Mayatnya dijumpai 120 meter di bawah puncak gunung tersebut oleh seorang pendaki. Beg galas mendiang, kamera, dan beberapa barang lain terjatuh 50 meter dari situ. Di dalam beg galas mendiang terdapat dompet, baju, dan telefon bimbit.
Saya merupakan antara jutaan peminat kartun/komik Crayon Shin Chan. Ia menyeronokkan walaupun lawaknya merupakan lawak bodoh. Tapi ramai yang minat. Semenjak saya di sekolah rendah lagi saya selalu membeli komiknya. Saya pernah memesan 5 buah komik Crayon Shin Chan ini melalui Comic House (salah satu syarikat penterjemah komik Bahasa Jepun ke Bahasa Melayu). Ketika itu seingat saya baru darjah 5. Selepas ini mungkin hanya kartun-kartun yang lama saja yang diulang balik. Sudah tiada karya yang baru, ia pergi bersama pelukisnya.
******************
I had knew that the Crayon Shin Chan cartoonist, Yoshito Usui has been passed away through the magazine that I had bought yesterday. The late Yoshito Usui passed away in 52 years old. I thought the comic’s and animation fans around the world has lost a “legend”, after Fujio F. Fujiko (Doraemon). Yoshito Usui has been founded fallen from the peak of Tomoiwa, Arafune Mountain, located in Gunma province, Japan when climbing.
His body was founded last Saturday after has been missing reported when climbing in 12th September. It means after 2 months or more his body is found. His body was found 120 m below the peak of mountain by a climber. Yoshito Usui’s backpack, camera, and several another stuff was fallen 50 m from the body.
I’m among a million fans of Crayon Shin Chan. It was fun although it’s joke was stupid. But many people’s love it. Since I’m in primary school I’m always buy this comics. I’m used to ordered 5 Shin Chan’s comics through the Comic House (one of the company that translated many Japanese Comics to Malay Language). At that time I was standard 5. After this maybe only old Shin Chan’s cartoons will be repeated. There is no the new artwork, it is gone with it’s creator.











Recent Comments