Archive for January, 2010

29
Jan
10

Menjadi Ronin

Istilah “Ronin” merupakan istilah yang berasal daripada Jepun, di zaman dahulu ia merujuk kepada segolongan Samurai yang tidak mempunyai tuan. Biasanya tempat mereka di jalanan, gaya yang agak selekeh, pedang mereka kebiasaannya lebih panjang daripada pedang samurai biasa. Adakalanya sebahagian daripada mereka melakukan jenayah untuk mencari sesuap nasi.

Di zaman moden, istilah Ronin merujuk kepada pelajar sekolah tinggi di Jepun yang gagal dalam ujian kemasukan ke Universiti/Kolej. Setiap pelajar tahun akhir di sekolah tinggi (biasanya tahun 3) akan memilih universiti manakah yang mereka mahu pergi, dan jika mahu memasuki universiti tersebut perlulah menduduki ujian yang disediakan oleh pihak universiti terbabit. Jika berjaya, sebaik saja memiliki diploma, mereka akan bersiap sedia ke uniersiti tersebut. Namun jika gagal, mereka mendapat gelaran “Ronin”.

Sistem pendidikan di Jepun, pelajar yang berjaya menghabiskan pelajaran di sekolah tinggi akan dianugerahkan segulung diploma, dan akan ada majlis konvokesyen di sekolah.

Yang saya ingin ceritakan adalah mengenai diri saya yang bakal menjadi Ronin. Walaupun sistem pendidikan Malaysia tidak sama dengan Jepun, namun dengan hanya diploma, tanpa menyambung ke peringkat lebih tinggi, saya seumpama seorang Ronin. Kerana saya hanya bakal memperolehi diploma, dan tidak akan memperolehi ijazah/degree. Kerana saya tiada perancangan untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Tempoh untuk saya graduate lebih kurang setahun lebih lagi, dan selepas itu tidak akan menyambung ke mana-mana.

Saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil MUET (Malaysia University English Test). MUET diperlukan untuk seseorang menyambung ke peringkat Ijazah. Dengan ini, saya bakal bergelar “Ronin”.  ;)

19
Jan
10

Makanan Tengahari Yang Tidak Memuaskan

Baru saya tahu kenapa kedatangan saya ke sebuah restoran yang boleh dikatakan “ada klas” disambut dengan mesra oleh para pelayan. Senyuman, pelawaan, ucapan “Annyong Haseyo” dan “Gamsahamnida” rupa-rupanya dibayar oleh saya. Mereka melayan saya sebegitu rupa kerana dibayar. Mungkin juga boleh disebut sebagai Bayaran Perkhidmatan. Entahlah. Masa nak masuk tu hati berbelah bahagi juga, tapi oleh rasa ingin tahu, masuk juga ke restoran tu.

Nasib baik duit cukup. Kalau tak, merah padam muka tahan malu. Tak pun muka dah jadi tebal 10 inci. Tak apa, anggap saja ianya satu pengalaman. Terkejut beruk juga bila bil dibawa kemari. Saya kira-kira, mungkin jumlahnya dalam RM 31, tapi sebaliknya saya terpaksa membayar perkhidmatan yang diberikan kepada saya dengan jumlah RM 8 lebih. Dah la nak makan dalam tu kena cakap English. Nasib baik tak ada masalah. Tapi masa makan dalam restoran tu, terasa diri ini seolah-olah VIP pula hehehe… :)

Saya memesan mi yang dimasaka bersama makanan laut (wheat noodle with seafood). Tapi tak habis, terutamanya makanan laut tu. Ada ketam, udang, sotong, dan kepah. Tapi saya hanya jamah udang, yang lain-lain tak boleh makan. Lauk tambahan pula ialah taugeh, sayur hijau, sepotong ikan, dan tauhu. Air pula saya pesan Ice Lemon Tea.

Selesai makan, saya minta bil. Pelayan tadi bawakan pencuci mulut (4 potong tembikai, saya habiskan 2 potong). Dan bilnya dalam fail di sebelah chopstick tu..

Lihat jumlahnya.. RM 39.10. Dengan selamba saya keluarkan RM 40 walaupun dalam hati dah terkejut tahap maksima. Mahalnya! Nasiblah. Kadang-kadang terasa jugak nak makan benda-benda camni. Mungkin sekali seumur hidup, manalah tahu.

14
Jan
10

Lawatan Ke Hospital Serdang

Tengahari tadi, baru balik daripada kelas tiba-tiba telefon berbunyi tanda mesej masuk. Rupa-rupanya hari ini ada Program Kebajikan yang sepatutnya dilakukan oleh grup usrah saya. Saya tidak tahu menahu. Ini kerja last minute. Tarikh hantar laporan ialah esok! Aduh. Setelah menelefon seorang kawan (sekumpulan), kami semua sepakat untuk bertolak ke Hospital Serdang selepas waktu Zuhur. Kelas saya pada jam 2 petang terpaksa saya ponteng. ;)

Tugas kami, pergi ke hospital tersebut, ambil bahan bukti sikit (tanda kami buat kerja), dan buat laporan. Kerja menemuramah pesakit, berurusan dengan pegawai hospital, dan mendapat cop pengesahan semuanya dilakukan oleh naqib kumpulan usrah saya. Dan inilah kerja yang paling singkat dilakukan. Tempohnya hanya sekejap. Kami sampai pada jam 2 lebih, dan balik pada pukul 3 petang. Di sini ada sedikit gambar yang sempat diambil.

Menuju ke Serdang. Atas motor, jadik pembonceng.

Rombongan kami selamat sampai di Hospital Serdang

Bilik pemeriksaan mata. Tugas kami di bahagian rawatan mata.

Bilik-bilik rawatan. Gambar agak kabur.

Bahagian sisi bangunan Fakulti Perubatan UPM. Gambar agak silau. Masa di dah nak balik dah. Tengah duk atas motor.

09
Jan
10

Ketagih Kopi

Pertama kali saya mula membeli kopi di sebelah (warna perang) ialah pada lebih kurang 2 minggu yang lalu. Sekadar mahu mencuba. Kali pertama mencuba, rasa agak pahit. Kalau dibandingkan dengan Nescafe dalam tin, Nescafe lebih sedap. Pada mulanya saya membeli Kopi Suntory Boss ini buat menggantikan air Milo di dalam tin, kerana Milo di kedai yang saya selalu pergi itu sudah habis.

Selepas minum kopi ini pada malam tersebut, saya mula mengalihkan selera daripada membeli air tin Milo kepada kopi ini. Pada mulanya agak pahit, lama kelamaan rasa pahit itu seolah-olah hilang dan digantikan dengan satu kenikmatan. Sekarang boleh dikatakan saya membeli air kopi ini tiap-tiap hari. Bahkan sesekali saya meminum 2 tin dalam sehari. Harganya sangat berbeza. Saya selalu beli di kafe yang terletak berhampiran dengan tempat kediaman. Harganya $1.80. Di koperasi pula harganya $1.90. Dan di Seven Eleven yang terletak di luar kolej, harganya menjadi genap $2.

Saya sudah mula menggantikan makanan kepada air kopi ini. Biasanya pelajar kolej seperti saya, kalau nak berjimat biasanya makan mi segera. Tapi saya tidak. Sama ada untuk berjimat atau untuk kurangkan makan, saya mengisi perut dengan kopi ini. Ya saya sudah ketagih. Kopi ini sangat sedap. Buat masa sekarang, saya hanya rajin membeli kopi yang tinnya berwarna perang (original). Yang berwarna putih itu (Latte) saya belum lagi merasainya. Setiap hari saya akan peruntukkan sekurang-kurangnya $2 untuk kopi ini. Semenjal 2 minggu lepas, saya tak pernah miss walaupun sehari untuk menikmati kopi ini. Sehinggakan stok kopi ini di dalam peti ais kafe tersebut hampir kehabisan! Dan sayalah yang menghabiskannya.

Saya rasa saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Nescafe kerana saya sudahpun menemui penggantinya. Heh :) . Saya rasakan hari saya tidak lengkap tanpa setin Suntory Boss. Jika sebelum ini saya mengatakan Nescafe merupakan kopi yang paling sedap, sekarang tempatnya sudah digantikan dengan Suntory Boss. Buat yang kali pertama yang merasai kopi ini, pasti akan terasa pelik kerana ia pahit. Tapi lama kelamaan, rasa tersebut secara sendirinya akan hilang.




 

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Admin

I am trouble maker ;o)

WAU_tab('71eqrd465kvx', 'left-middle')

Top Clicks

  • None

Follow Me On Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Flickr Photos

RPK

IMG_0025

28154_1458738631480_1323825584_1269629_2911940_n

More Photos

Categories

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 2 other followers

Blog Stats

  • 18,111 hits

Since 25th April 2009


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.