Tengahari tadi, baru balik daripada kelas tiba-tiba telefon berbunyi tanda mesej masuk. Rupa-rupanya hari ini ada Program Kebajikan yang sepatutnya dilakukan oleh grup usrah saya. Saya tidak tahu menahu. Ini kerja last minute. Tarikh hantar laporan ialah esok! Aduh. Setelah menelefon seorang kawan (sekumpulan), kami semua sepakat untuk bertolak ke Hospital Serdang selepas waktu Zuhur. Kelas saya pada jam 2 petang terpaksa saya ponteng.
Tugas kami, pergi ke hospital tersebut, ambil bahan bukti sikit (tanda kami buat kerja), dan buat laporan. Kerja menemuramah pesakit, berurusan dengan pegawai hospital, dan mendapat cop pengesahan semuanya dilakukan oleh naqib kumpulan usrah saya. Dan inilah kerja yang paling singkat dilakukan. Tempohnya hanya sekejap. Kami sampai pada jam 2 lebih, dan balik pada pukul 3 petang. Di sini ada sedikit gambar yang sempat diambil.

Menuju ke Serdang. Atas motor, jadik pembonceng.

Rombongan kami selamat sampai di Hospital Serdang

Bilik pemeriksaan mata. Tugas kami di bahagian rawatan mata.

Bilik-bilik rawatan. Gambar agak kabur.

Bahagian sisi bangunan Fakulti Perubatan UPM. Gambar agak silau. Masa di dah nak balik dah. Tengah duk atas motor.




0 Responses to “Lawatan Ke Hospital Serdang”