Dual Language Page

Title : Tapai : Travel & Guilty Pleasures of a Fermented Malaysian
Published by : ZI Publication
Price : RM 45
Author : Hishamuddin Rais
I bought this amazing book at Kinokuniya located on the top level inside Suria KLCC. This book has written by the person I admire most. I love to read someone travel journals and experiences – one of the reason is that can be may guidance if one day I’d be a traveler. This book is contain the compiled articles written by him in Off The Edge Magazine – story about the food he found during travel to many places. He stated the features of better food, what kind of food that brings satisfaction, and he also suggested the restaurant that serves fine cuisine.
He traveled to many places. He gain many experiences, many things he looked with his own eyes and surely he is very rich with tips. And I – only admire to him just on this part. There’s certain part of his life I can’t follow because contradict with my belief, culture and lifestyle. Anyway – this is a good book. I have a good time and enjoy when read this book. I suggested this book to those who love to travel and also to food lover. Cheers! :)

A History of God (Karen Armstrong)
(6th May 2010) Now I’m waiting to to purchase this book. Looks interesting. I found this book 2 times, first at Kinokuniya KLCC and second at KLIA LCC Terminal, but I have no opportunity to buy it yet. I’ll give a comments about it once after I’m buying and read it.
![]()
Tajuk Buku : Ikan Tawar Untuk Lego
Keluaran : PTS One Sdn. Bhd
Harga : RM 13.50
Penulis : Nia dan Ima Imrani
Ulasan : Saya biasa mengikuti blog Noraini Ammran. Buku kecil ini adalah hasil pertama beliau bersama adik beliau. Saya berminat untuk membeli buku ini setelah beliau mempromosikan buku ini di dalam blog beliau. Hasilnya, saya dapatkan buku ini di Ampang Point beberapa minggu lepas. Dan pendapat saya ialah buku ini hanya sesuai bagi kanak-kanak pra-UPSR. Jalan ceritanya bagi saya amat tidak logik dan agak membosankan. Tapi yang membuatkan saya menghabiskan buku yang setebal 230 muka surat ini ialah tentang beberapa info yang berguna tentang kucing, contohnya sewaktu kucing melilitkan ekor ke badannya. Bermakna ia mahu berehat dan tak mahu diganggu. Dan apabila kucing melibas-libaskan ekornya, ia memberi signal supaya jangan diganggu. Juga mengenai makanan yang sesuai diberi kepada kucing untuk mengelakkan bulunya gugur, dan beberapa kaedah penjagaan kucing. Kesimpulannya, saya hanya boleh memberi 2 bintang sahaja.
![]()
Tajuk buku : Travelog Iran : Menyingkap Misteri Bumi Ahmadinejad
Keluaran : PTS
Harga : RM 36
Ulasan : Buku ini sangat bagus dibaca bagi mereka yang ingin tahu suasana kehidupan di Iran, sikap rakyatnya, dan tempat-tempat yang menarik yang patut dilawati. Buku ini ditulis oleh seorang warganegara Indonesia, Dina Sulaiman bersama suaminya Otong Sulaeman sewaktu mereka tinggal di Iran pada 1999 hingga 2007 kerana bekerja di sebuah syarikat penyiaran. Saya membeli buku ini pada awal Julai lalu di Kuala Terengganu sewaktu cuti pertengahan semester. Sangat bagus dan berbaloi. Tak rugi membelinya, berpatutan dengan harganya. Asalnya bahasa Indonesia tapi diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia oleh PTS Publications.
Ia menceritakan kehidupan seharian masyarakat di Iran, lawatan-lawatan ke tempat menarik, catatan perjalanan, serta menceritakan sedikit sebanyak mengenai masyarakat Majusi, bagaimana hubungan penganut Ahlus Sunnah wal Jamaah dan Syiah di Iran (baik-baik saja), serta yang agak menarik ialah adanya azan Sunni di Iran (Shiraz) dan juga perkahwinan di antara orang Sunni dan Syiah. Sangat menarik.
Dapat 4 bintang!
p/s : Saya juga akan ada ulasan mengenai buku lain yang telah saya beli, kebanyakannya tentang politik, jadi saya akan ulaskannya di blog saya yang satu lagi, di sini saya hanya ulaskan mengenai buku yang tidak berkaitan dengan politik Malaysia, memandangkan ini adalah blog personal yang bebas politik




0 Responses to “Book Reviews”