jump to navigation

KUCING April 14, 2009

Posted by Yakuza in Uncategorized.
trackback

Sebenarnya penulis boleh juga dikatakan sebagai pencinta kucing. Kalau ada kucing yang datang kepada penulis, penulis pasti akan belai tak kira dengan tangan mahupun kaki.

Kucing pertama yang penulis bela ialah seekor kucing betina hitam, diberi nama Minnie, semasa penulis berumur 8 tahun. Masa duduk kat rumah lama dulu, boleh dikatakan dah jadi macam rumah kucing. Sebab, masa tu tak kira terjumpa je kucing jalanan, terus dibawa balik. Tak silap penulis, kira-kira dekat 10 ekor penulis bela dulu semasa duduk kat rumah lama.

Sekarang, diorang semua dah mati. Kat rumah baru, mula-mula dulu ada jugak bela beberapa ekor, tapi sekor-sekor dah mati, ada yang dilanggar kereta, dilanggar motor, mati sebab berpenyakit, pendek kata, persekitaran rumah baru penulis tak sesuai untuk bela kucing. Sekarang penulis hanya buat baik kepada mana-mana kucing jiran yang selalu melepak kat rumah penulis. InsyaAllah rezeki mereka murah jika datang ke rumah penulis.

Sekarang, antara kucing yang selalu lepak di rumah penulis ialah seekor kucing kuning, penulis panggil dia Little Tiger.

little-tiger

Inilah little tiger. Sangat liar. Habis tangan penulis bercalar sebab digigitnya. Masa kecik dulu dia tak macam ni. Berikut di bawah ini adalah gambar little tiger beserta familynya dulu dan sekarang, yang lepak di rumah penulis.

Mama kepada little tiger

Mama kepada little tiger

Mama little tiger bersama saudara tirinya, Akon.

Mama little tiger bersama saudara tirinya, Akon.

Little Tiger masa kecik.

Little Tiger masa kecik.

Abang tiri little tiger, Adolf Hitler yang meninggal tahun lepas.

Abang tiri little tiger, Adolf Hitler yang meninggal tahun lepas.

Bapa saudara little tiger, hilang tak dapat dikesan.

Bapa saudara little tiger, hilang tak dapat dikesan.

Inilah sebahagian daripada family little tiger. Yang lain penulis tak sempat tangkap gambar. Antaranya, ayah little tiger, Garfield, dan bapa-bapa saudara little tiger yang lain. Semuanya adalah kucing dari rumah berhampiran penulis. Tak tahu kenapa diorang suka lepak di rumah penulis.

Yang lain-lain, ada juga kucing yang lepak di rumah nenek penulis di Rusila, Marang, Terengganu. Dan kucing yang sempat “bermanja” dengan penulis, serta kucing-kucing yang dibela oleh bapa saudara di Rusila. Di bawah ini foto-fotonya :

Ini kucing gemuk yang selalu lepak di rumah nenek penulis di Marang pada penghujung 2007 dan awal 2008. Sekarang menghilang entah ke mana.

Ini kucing gemuk yang selalu lepak di rumah nenek penulis di Marang pada penghujung 2007 dan awal 2008. Sekarang menghilang entah ke mana.

Ini anak kucing betina yang selalu lepak di markas PKR tempat penulis bertugas pada kempen PRU 2008 lepas.

Ini anak kucing betina yang selalu lepak di markas PKR tempat penulis bertugas pada kempen PRU 2008 lepas.

4 ekor kucing yang dibela oleh bapa saudara di Rusila, Marang.

4 ekor kucing yang dibela oleh bapa saudara di Rusila, Marang.

Inilah di antara kucing-kucing dalam hidup penulis. Biasanya penulis akan bawak masuk dalam bilik, dan bermain-main dengan mereka. Geram sangat kalau jumpa kucing-kucing gemok di atas.

14032009

Kat atas ni adalah salah sekor kucing yang dibela oleh bapa saudara. Saling tak tumpah macam kucing yang penulis bela lebih kurang 4 tahun lepas, meninggal kerana penyakit misteri. Cuma yang bedanya warna kucing penulis tu kuning putih. Kucing di atas warna putih.

Ok. Setakat ini dulu catatan. Blog ini diupdate tidaklah sekerap mana sebagaimana penulis update blog reformisjalanan.blogspot

Salam.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: