jump to navigation

Genap 3 tahun April 21, 2009

Posted by Yakuza in Kenangan.
trackback

Hari ini, 21 April 2009, sudah genaplah 3 tahun, satu kenangan yang masih ada dalam ingatan penulis. 3 tahun lepas, 21 April 2006, hari Jumaat, sewaktu penulis berada di Tingkatan 5, penulis telah menghadiri satu mesyuarat agung, tak silap penulis, kali ke 25. Iaitu Mesyuarat Agung Persatuan Taekwondo Terengganu, bertempat di Hotel Primula Park Royal, di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Mesyuarat itu diadakan pada pukul 2 petang lebih. Buat pengetahuan pembaca sekalian, semasa penulis di Tingkatan 4 dan 5, penulis sangat aktif dalam sukan Taekwondo di sekolah, malah penulis menjadi Presiden Kelab Taekwondo sekolah selama 2 tahun. Sekarang penulis sudah tidak aktif lagi, semenjak awal tahun 2007…kerana beberapa sebab….

MTA/WTF - logo WTF (World Taekwondo Federation) - penulis tiada logo Persatuan Taekwondo Terengganu (PTT)

MTA/WTF - logo WTF (World Taekwondo Federation) - penulis tiada logo Persatuan Taekwondo Terengganu (PTT)

Berbalik pada mesyuarat agung tadi, ianya kali pertama penulis menghadiri mesyuarat tersebut, kerana penulis dijemput oleh jurulatih. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Razali Ismail (telah meninggal baru-baru ini) – beliau ketika itu adalah presiden Kelab Taekwondo Terengganu. Di mesyuarat tersebut yang bertempat di tingkat paling atas Hotel Primula, yang bercermin gelap, penulis menyaksikan ketegangan berlaku, ekoran masalah yang dihadapi oleh persatuan.  Timbul perbalahan diantara presiden kelab dengan En. Harun, tak silap penulis, dia adalah Bendahari. En. Harun, seperti yang penulis dengar, banyak “songlap” duit persatuan – lagipun dia seorang Sarjan Polis di Kemaman! Mesyuarat tersebut juga berjalan lancar selepas En. Harun dan kuncu-kuncunya (termasuk anak sulongnya, bekas jurulatih penulis yang banyak menipu duit pelajarnya, Faisal) meninggalkan ruang mesyuarat tersebut.

Hotel Primula Park Royal

Hotel Primula Park Royal

Tapi yang paling ketara yang terpahat didalam ingatan penulis, rasa kecewa pada waktu itu, tidak seorangpun bangun ataupun mesyuarat dihentikan untuk solat Asar, walaupun waktu sudah hendak habis. Penulis tidak mengikuti mesyuarat tersebut sampai habis, pukul 6 petang lebih, penulis meninggalkan hotel tersebut. Ia satu kenangan yang penulis ada sewaktu bersama dengan rakan-rakan satu sekolah yang turut sama menyertai kelab taekwondo. Sekarang kalau diingat-ingat balik, waktu berlalu terlalu pantas..

Comments»

1. puteri haifanuri - April 23, 2009

wahhh…tae kwon do gak ke??

put3 pon same..tp GTF la…hehehe…
tu pun jap je…sampai tali pinggang kale ehem2 je…hehehehe.. =P


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: