jump to navigation

Kenangan (1) April 22, 2009

Posted by Yakuza in Uncategorized.
trackback
Sebahagian daripada barisan "think tank" penulis. Dari kiri : Suhaimi, Afif, dan Farez.

Sebahagian daripada barisan "think tank" penulis. Dari kiri : Suhaimi, Afif, dan Farez.

Kenangan akhir semester 2. Walaupun penulis sudah membuat keputusan untuk “melupakan” saat yang berlaku di tempat belajar penulis, apabila berada di luar, tetapi penulis merasakan ini wajar diingati balik. Semester kedua, kali pertama penulis merasa “nikmat” mempunyai kawan, walaupun bukan bertaraf “sahabat”, kerana tersangatlah susah atau  mustahil bagi penulis ini mendapat seorang insan yang bergelar “sahabat”.

Tapi, penulis ingin berkongsi dengan pembaca sekalian, bermula semester 2 lah, penulis merasa amat bergunanya kawan. Tolong-menolong, berkongsi pendapat, bergurau – sangat seronok.. kalau penulis ingin keluar daripada tempat belajar, selalunya penulis akan menaiki kereta sapu, tetapi semester ini, dengan kawan-kawan baru ini, penulis faham, betapa bergunanya mempunyai kawan. Ada yang menawarkan bantuan tanpa dipinta. Terima kasih!

Tapi diri penulis ini terasa begitu sukar untuk bergaul dengan orang yang sebaya, lebih-lebih lagi susah untuk mencari yang “sekepala”. Penulis lebih senang berkawan dengan orang yang lebih tua usianya, yang layak digelar “pakcik”. Penulis menanam azam dan tekad, bermula saat ini, penulis berusaha menambah kawan, atau “networking”, supaya lebih senang kalau ada apa-apa yang terjadi.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: