jump to navigation

Penulis Adalah Seorang Gamer April 26, 2009

Posted by Yakuza in Catatan, Hobi, Memori yang lalu.
trackback

Penulis mempunyai satu hobi, jika tak buat apa-apa kerja (kadang-kadang ada kerja), penulis akan main games. Inilah salah satu kegilaan penulis. Lebih-lebih lagi semasa penulis di sekolah dulu. Dulu biasanya penulis akan menghabiskan masa selama berjam-jam untuk bermain sesebuah games. Amat payah kalau tak main benda tu dalam masa seha

Arc The Lad

ri. Dan sikap itu masih lagi melekat pada diri penulis sekarang, tapi sudah mula berkurang sikit “kegilaan” tersebut, kerana pada waktu ini, penulis lebih menumpukan perhatian terhadap politik, tak macam dulu, waktu bersekolah, politik langsung tak disentuh, kalau iya pun, ambil tahu sekadar “gitu-gitu” sahaja. Berbalik kepada games tadi, sebenarnya bukan semua games yang penulis main, penulis hanya main yang tertentu sahaja, ada games yang penulis langsung tidak minat, seperti game bola, sports, dan racing. Penulis langsung tiada “selera” terhadap ketiga-tiga kategori ini, terutamanya bola. Walaupun seorang gamer seperti tidak lengkap tanpa sekeping cd game bola dalam laci, tapi penulis langsung tiada masalah.

Bagi penulis, rancangan bolasepak pun penulis tak minat, atau langsung tak ambil tahu, walaupun bola sepak itu kegilaan orang ramai, dan juga sukan no.1. Bagi penulis, bola sepak lah permainan yang paling bodoh, main kejar-kejar dan berebut bola. Apakejadah.. Begitu juga dengan racing, bagi penulis, buat membazir petrol saja. Dah la petrol di dunia ini sudah surut, telaga minyak semakin kering, tapi berlumba bagai orang nak gila – lebih-lebih lagi mat rempit yang tak bersyukur dengan anugerah akal dan nyawa. Begitu juga dengan game sukan, penulis “tak berminat”. final-fantasy-vii-cover-art

Lagipun sepanjang hidup penulis, penulis tak pernah terlibat dengan mana-mana sukan, kecuali tae kwon do semasa di sekolah. Lagipun tae kwon do itu dikategorikan sebagai apa ya? Sukan atau seni beladiri? Jadi, apa pula kategori game yang menjadi pilihan penulis? Jawapannya ialah game jenis yang berunsurkan pengembaraan, banyak dialog, dan juga memerlukan sedikit akal untuk berfikir. Itulah jenis game yang menjadi pilihan penulis. Bukan sekadar bermain, tapi ia memerlukan kita berfikir untuk menyelesaikan satu-satu masalah. Dan untuk pengetahuan pelayar sekalian, game seumpama inilah yang banyak berjasa kepada penulis semasa penulis berada di sekolah dulu. Macam mana? Ia membantu menambahkan “vocabulary” penulis di dalam subjek Bahasa Inggeris. Bermain game seumpama ini memerlukan kita memahami jalan ceritanya, dan dialog di dalam game tersebut berbahasa Inggeris. Cara penulis nak faham dahulu, setiap kali main, mesti ada sebuah kamus di sisi penulis.

Penulis masih ingat, sewaktu di tingkatan 1, penulis langsung tiada minat dalam subjek bahasa Inggeris. Susah! getus hati penulis. Dan result bagi subjek bahasa Inggeris dalam setiap ujian mahupun peperiksaan hanyalah “sekadar cukup makan sahaja”. Sikap tersebut terbawa-bawa sehingga penulis di tingkatan 2. Pada waktu tersebutlah penulis mula-mula wall-03main game yang dikategorikan “agak susah”, dan pada waktu itulah penulis rajin membelek-belek kamus, dan hasilnya, semakin bertambahlah vocabulary dalam kepala penulis ini. Penulis selalu mengamalkan cara sebegini, dan perkembangannya penulis dapat rasakan sewaktu naik ke tingkatan 3, markah subjek Bahasa Inggeris penulis mendadak naik. Dan melihat perkembangan yang agak menggembirakan ini, membuatkan penulis semakin bersemangat untuk belajar, lagipun penulis selalu mendapat pujian daripada cikgu – membuatkan semangat untuk cemerlang dalam Bahasa Inggeris semakin berkobar-kobar! Tapi, pada tahun itu penulis berhadapan dengan PMR, dan result bagi subjek bahasa Inggeris hanyalah “B”. Sebelum exam, penulis dah target “A”. Tapi penulis masih tak putus asa. Sikap tersebut terbawa-bawa sehinggalah penulis akan menghadapi SPM – 3 tahun lepas. Dan Alhamdulillah, dapat juga “A” dalam bahasa Inggeris. Game seumpama inilah yang berjaya memupuk minat penulis dalam bahasa Inggeris. Tak perlu belajar Matematika dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ada alternatifnya. Nasib baik penulis tak sempat dengan PPSMI, kehkehkeh…

Apa-apa pun, bermain game seumpama ini (juga dikategorikan game jenis RPG – Role Playing Game), memberikan satu kepuasan kepada penulis. Tapi sayangnya sekarang penulis dah tak main game tersebut, kerana sudah rosak. Hanya memori tertinggal dalam benak fikiran penulis. Sekarang penulis pun ada game dalam laptop, tapi bukan game jenis RPG, cuma game tembak-tembak dan strategy saja yang ada. Agak “kureng” tanpa game RPG. Penulis ingat nak carilah lain kali.

Salam.

Comments»

1. azieshakespeare - April 28, 2009

sy paling tak reti main game komputer


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: