jump to navigation

Ladang May 3, 2009

Posted by Yakuza in Kenangan, Memori yang lalu.
trackback

Salah satu tempat yang meninggalkan seribu nostalgia pada diri penulis ialah di Ladang, berhampiran dengan bandar Kuala Terengganu. Bukannya ladang lembu atau kambing, tapi nama tempat tersebut yang dikenali sebagai “Ladang”. Ia merupakan “kehidupan penulis”, sebagaimana sewaktu penulis berceramah di sebuah surau di sana, penulis menjelaskan, “Mengapa saya memilih Ladang, kerana tempat ini telahpun menjadi sebahagian daripada sejarah hidup saya,”  walaupun penulis bukanlah orang Ladang. Di sana, ada sekolah tempat penulis belajar, dari tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 5, iaitu Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang (rujuk profile), banyak kisah suka duka, pahit manis yang berlaku di sini. Setiap kali penulis tiba ke Terengganu, pasti penulis akan mengambil sedikit masa, berjalan-jalan di sekitar kawasan Ladang, sambil mengimbau kenangan lalu.

Salah satu jalan di Ladang, penulis hanya sempat ambil gambar jalan ini, kerana hari itu terlalu panas, gambar diambil pada Rabu lepas.

Salah satu jalan di Ladang, penulis hanya sempat ambil gambar jalan ini, kerana hari itu terlalu panas, gambar diambil pada Rabu lepas.

Kali pertama penulis mengenal Ladang ialah sewaktu kecil dahulu, semasa bersekolah rendah, ayah penulis selalu bawa penulis ke Masjid Ladang untuk bersolat jemaah, rumah penulis pada waktu itu agak dekat dengan kawasan Ladang, sebelum berpindah pada tahun 2002. Di Ladang juga, beberapa tahun lepas, merupakan antara 2 tempat popular penulis dan ayah pergi minum petang, bersembang dengan kawan-kawan ayah, selain dari satu lagi tempat, iaitu Tanjung (juga kawasan yang berdekatan dengan Ladang, dan bersebelahan dengan Bandar Kuala Terengganu). Ladang juga merupakan tempat penulis mula-mula belajar untuk menambahkan ilmu agama, kerana terdapat sebuah surau di sana, iaitu Surau Haji Awang Ladang, mendengar kuliah Maghrib, yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, yang sekarang ini sudah popular di seluruh Terengganu. Ladang diibaratkan rumah kedua penulis, kerana setiap hari penulis akan menghabiskan waktu di sana, bersekolah dari pagi hingga tengahari, selepas itu minum petang, kemudian di sebelah malamnya mendengar kuliah agama.

Sekolah lama penulis, dari bahagian hadapan. Sudah banyak perubahan.

Sekolah lama penulis, dari bahagian hadapan. Sudah banyak perubahan.

Lagipun, penulis mempunyai seorang kawan yang kebetulan tinggal di kawasan Ladang. Kawan lama dari sekolah, yang penulis berkawan dengannya sejak dari tingkatan 2 hingga sekarang, dan kami masih lagi berhubung sekarang, dan dialah satu-satunya kawan penulis yang masih tidak “lost contact”. Sebenarnya banyak bahagian-bahagian menarik bagi penulis tentang kawasan Ladang ini, antaranya Masjid Ladang, pantai Batu Burok (disebelah), sekolah agama, bulatan Batu Bersurat, kedai kopi, dan lain-lain. Sehingga kini penulis masih lagi berkunjung ke sana, dan dalam masa beberapa tahun saja, sudah banyak perubahan, sejak penulis meninggalkan sekolah pada 2006. Sekolah lama penulis, sudahpun berubah, ditambah dengan tembok serta pagar baru, dan dicantikkan lagi dengan hiasan-hiasannya. Baru-baru ini penulis ada melawat di sana, sehari selepas pulang ke Terengganu, pada 16 Mac lepas. Surau Haji Awang Ladang pula, atau lebih dikenali sebagai Surau Kuning, sudah dirobohkan, bersama bangunan PERKIM yang bersebelahan dengannya, untuk dibina sebuah pangsapuri, dan surau tersebut diganti dan dibina semula tidak jauh dari kedudukan asalnya, dan saiznya lebih kecil, serta berwarna coklat. Begitu juga dengan Masjid Ladang, sudah berubah, binaannya bertambah, dicat baru, kubah pun ditukar, sekali dengan warnanya. Dahulu warna kubah Masjid Ladang berwarna kuning, sekarang sudah berwarna biru (mentang-mentanglah pemimpin pun “biru”).

Wajah baru Masjid Ladang, gambar diambil dari jauh. Sudah banyak tempat dalam kawasan masjid ini berubah. Buat apa mencantikkan masjid, kalau jemaahnya sama macam dulu, tak bertambah!

Wajah baru Masjid Ladang, gambar diambil dari jauh. Sudah banyak tempat dalam kawasan masjid ini berubah. Buat apa mencantikkan masjid, kalau jemaahnya sama macam dulu, tak bertambah!

Selepas ini penulis akan berangkat semula ke Kuala Lumpur. Pasti penulis akan merindui suasana di sini, angin Terengganu. Kerana itulah penulis banyak mengambil serta menyimpan gambar berkenaan dengannya di dalam handphone ini.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: