jump to navigation

Berkunjung Ke Bukit Bintang May 7, 2009

Posted by Yakuza in jalan-jalan, libur.
trackback
Lot 10 di Bukit Bintang. Gambar diambil dari tepi McDonald's

Lot 10 di Bukit Bintang. Gambar diambil dari tepi McDonald’s

Hari ini, 7hb Mei merupakan hari yang penulis meninggalkan Kuala Terengganu, berangkat ke Kuala Lumpur. Penulis bertolak dari rumah nenek pada pagi tadi, sebelum jam 7 pagi. Penerbangan bermula jam 8.20. Penulis sampai di airport sejam lebih awal. Alhamdulillahdengan kuasa Allah, penulis selamat sampai ke LCCT pada pukul 9.30 pagi tadi. Penulis terus balik ke rumah mak cik di Lembah Jaya Selatan, Ampang. Penulis sampai di sana pada jam dekat 11 pagi.

Selepas sampai di sana, penulis rehatkan diri, minum air sikit, entah kenapa fikiran penulis masih lagi berserabut dan sakit kepala  semenjak turun dari kapal terbang tadi. Mungkin kerana cuaca, angin,

8 ekor kucing di atas motor Abang Jamil

8 ekor kucing di atas motor Abang Jamil

serta suasana di Selangor jauh berbeda dari Terengganu. Turun saja di Selangor, terus kepala berserabut dengan masalah yang bakal melanda selepas pendaftaran di tempat penulis belajar. Berbalik pada tadi, selepas berehat lebih kurang beberapa jam, terlintas di hati penulis untuk menjenguk Abang Jamil (Jamil Kucing) di Bukit Bintang, dah lama tak sembang-sembang dengan dia, kalau sembang pun dalam alam cyber je. Kali terakhir penulis bersembang dengan Jamil Kucing ni ialah pada 12 Mac lepas, lebih kurang 2 bulan lalu, sebelum penulis balik ke Terengganu.

Penulis bertolak ke Bukit Bintang selepas menunaikan solat Zohor di sebuah surau; seusai solat, penulis menahan sebuah teksi untuk ke Stesen LRT Ampang. Selepas tu turun ke Stesen Hang Tuah, dan bertukar ke KL Monorail, terus ke Bukit Bintang. Cuaca agak panas sedikit. Penulis sampai di sana lebih kurang pukul 2.30 petang, tapi si Jamil masih

Salah satu lokasi di Bukit Bintang, gambar diambil dari stesen KL Monorail

Salah satu lokasi di Bukit Bintang, gambar diambil dari stesen KL Monorail

tak datang. Penulis lepaskan lelah di bus stop berhampiran, kemudian beli air kerana haus, dan pergi ke CC berdekatan untuk membuka blog serta portal berita untuk mengetahui kisah terkini, sambil membuka semula Yahoo Messenger yang agak lama penulis tak sentuh, semenjak cuti semester. Penulis selesai main komputer di CC lebih kurang pukul 3, masa itulah Abang Jamil telah pun sampai.

Kami berborak, biasalah, antara tajuk yang dibualkan ialah tentang politik, antaranya berkisar tentang keadaan di Perak pada hari ini (sidang dun), dan juga tentang “penggaggu

Jamil Kucing sedang mendodoikan baby.

Jamil Kucing sedang mendodoikan baby.

serta pemfitnah” yang masuk ke dalam blog orang.  Seperti biasa, tempat tersebut kedengaran bunyi muzik klasik dari radio yang berada dalam motosikal Jamil Kucing, dan 8 ekor kucingnya yang berada atas motor, serta seekor anak beruk betina yang bernama “baby”. Tempat yang menjadi laluan orang ramai itu menjadi tumpuan, termasuk beberapa pelancong asing dari Timur Tengah, dan juga Barat. Sesiapa yang ingin mengambil gambar, perlu membayar RM5, video pula, RM 10. Sumbangan untuk makanan serta keperluan lebih 100 ekor kucing Abang Jamil, serta 3 ekor beruknya. Sepanjang penulis berada di sana selama 1 jam lebih, kebanyakan orang hanya memerhati sahaja, Melayu, bukan Melayu, serta pelancong, dan hanya seorang saja pelancong Inggeris (lelaki) yang memberi sumbangan sebanyak RM 5 untuk beberapa keping gambar.

Sekurang-kurangnya di sini penulis dapat juga melepaskan sedikit tekanan dalam diri,  tapi mata agak “sakit” juga kerana melihat suasana jalanraya di sekitar Bukit Bintang yang banyak kenderaan, serta selalu jammed. Puas duduk melepak di kaki lima, pada pukul 4.20 petang penulis meminta kebenaran untuk pulang ke Ampang, selepas memberi sedikit sumbanganuntuk kucing-kucing Abang Jamil. Terima kasih diucapkan kepada Abang Jamil kerana layanan baik yang diberi. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi.

Comments»

1. jamilkucing - May 7, 2009

Terimakasih,

jangan memuji tinggi sangat,kang ada orang yg akan berbulu.

Reformis Jalanan - May 8, 2009

biarkan orang nak berbulu-bulu. dia bagi makan kat kita ke.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: