jump to navigation

Ikan Masak 3 Rasa May 12, 2009

Posted by Yakuza in resepi.
trackback

Gambar dari Internet : Ikan Siakap 3 Rasa

Makluman : Oleh kerana halaman ini mempunyai hit yang paling tinggi, suka saya maklumkan untuk meng-edit semula entri ini untuk memudahkan pembaca-pembaca (terutamanya suri rumah) yang mencari resepi melalui internet. Entri ini saya terbitkan pada tahun lepas dan hari ini (6hb Mei 2010) saya akan mengemaskini khas untuk entri ini.

Beberapa hari lepas saya menolong abang ipar kepada mak cik saya memasak, kerana pekerjaan dia ialah menerima tempahan catering (dia seorang Chef, pernah bekerja di D’ Palma Hotel Ampang). Saya belajar daripadanya satu resepi yang mudah, dan dia berkata, masakan inilah yang mula-mula dibuatnya semasa dia belajar memasak dahulu. Masakannya ialah Ikan kerapu masak 3 rasa. Tapi saya biasanya hanya berselera/cenderung kepada ikan merah, ikan yang lain kurang sikit (tapi makan juga).

Bahan-bahan untuk menggoreng ikan ialah :

1) Garam secukup rasa,

2) kunyit,

3) dan tepung ubi.

Gaulkan bahan-bahan di atas dengan ikan. Bahan untuk membuat kuah 3 rasa ialah :

1) sos cili,

2) sos tomato,

3) sebiji bawang besar,

4) dan sayur campur.

Goreng ikan yang telah digaul bersama garam, kunyit, dan tepung ubi tadi ke dalam minyak, biarkan sehingga garing. Selepas itu angkat ikan tersebut. Simpan semula minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan tadi. Kemudian, masukkan sos cili dan tomato ke dalam kuali, lebihkan sos tomato, campur dengan sedikit air.

Tak perlu menumis kerana ia akan menambahkan minyak ke dalam tubuh, juga tak perlu bawang putih kerana sos cili telahpun mengandungi bawang putih. Potong bawang besar tadi, kemudian masukkan ke dalam sos, kemudian apabila sedikit mendidih, masukkan pula sayur campur. Biarkan beberapa minit.

Kuah 3 rasa sudahpun siap, dan tuangkannya keatas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dimakan. Nak nampak lebih sedap dan menyelerakan, lapikkan ikan yang telah digoreng ke atas daun salad, kemudian jiruskan kuah/sos 3 rasa tersebut, dan hiaskan dengan hirisan-hirisan tomato beserta taburan daun bawang ataupun bawang goreng.

P/S : Saya terlupa untuk mengambil gambar masakan itu, jadi  hanya letakkan gambar yang diambil dari internet.

Banyak lagi skill masakan yang telah diajarkan kepada saya. Masakan yang ringkas ini adalah salah satu daripadanya. Dan satu lagi info penting, apa-apa jua masakan, pastikan pisau sentiasa tajam. Selamat mencuba.🙂

Comments»

1. jamilkucing - May 12, 2009

Huh sedap lak nampak. sdr ku serp.pandangan peribadi saya jamilkucing.sedara terlampau laju. bukan laju bermakna tetapi laju tak bermakna. orang yg terlampau laju akan berlanggar.ingat tu. tengok anwar.terlampau laju last last jatuh. perubahan yg sdr lakukan di blog sdr menunjukan hatibudi sdr kepada umum, sdr masih muda. so belajarlah supaya tidak di tertawakan orang.

jamilkucing

reformisjalanan - May 13, 2009

InsyaAllah, kita sbg manusia tak akan sunyi drp melakukan kesalahan. Tak mengapalah orang mentertawakan saya kerana saya masih muda, masih tiada pengalaman. Walaupun begitu, tiada pengalaman tak semestinya kurang pengetahuan. Pengalaman dan pengetahuan adalah perkara yang berbeda. Tak semestinya orang itu walaupun sudah jauh dewasa, tak semestinya pengetahuan dia banyak. Jangan lihat siapa yang berkata, tapi pandanglah apa yang dikatanya.

2. AYU HUSIN - March 30, 2010

wah..sedapnye nampak

reformisjalanan - May 6, 2010

Nampak aje sedap, dah try ke belum? Hehehe 😉

3. nani - June 4, 2010

tepung ubi digantikan tepung gandum bleh x?

reformisjalanan - June 4, 2010

boleh. tak ada masalah tapi sebaik-baiknya guna tepung ubilah. ok

cheers


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: