jump to navigation

SELAMAT HARI GURU May 16, 2009

Posted by Yakuza in Memori yang lalu, ucapan.
trackback

Mengimbau kembali di zaman yang mana setiap tahun pasti saya akan menyambut hari guru. Iaitulah semasa saya masih lagi bergelar pelajar di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang (SMASZA Ladang). Pada setiap 16 Mei, majlis yang diadakan di sekolah pasti meriah. Macam-macam acara diadakan. Saya masih ingat lagi semua guru di sekolah menyanyi lagu hari guru di atas pentas di dalam dewan. Saya ingat lagi lagunya. Kemudian, nyanyian memperingati guru, lakonan, dsb lakukan oleh pelajar junior mahupun senior. Cukup meriah pada waktu itu. Dan pada waktu itulah kita secara automatik berbaik dengan guru yang kurang disukai. Tentulah guru disiplin. Tapi pada setiap 16 Mei perwatakannya berubah menjadi baik.

Sekarang baru saya merasa cukup bermakna sambutan ini apabila sudah tamat sekolah. Hari ini, 16 Mei, ucapan Selamat Hari Guru saya dedikasikan kepada guru-guru yang bersusah payah mendidik saya, sejak dari tingkatan satu hinggalah menjelang SPM. Beberapa orang khasnya. Banyak memori-memori lalu yang masih berbekas di dalam hati. Sabariah Abdul Mubin, sekarang ini beliau memegang jawatan Penolong Kanan di  sekolah, kalau dulu, beliau hanyalah seorang guru Bahasa Inggeris biasa. Beliau juga dipanggil dengan nama Teacher Ba. Biasanya kertas subjek Bahasa Inggeris saya selalu mendapat markah tinggi. Saya ingat lagi, pada awal 2006, beliau sanggup sponsor saya untuk pergi ke kem Bahasa Inggeris yang diadakan di sekolah berhampiran, semata-mata tak mahu saya ketingalan seperti rakan-rakan yang turut pergi sama. Saya tak perlu membayar sebagaimana rakan yang lain.

Begitu juga dengan Cikgu Norma Nawi dan Cikgu Noraini. Sewaktu di Tingkatan 4 dahulu, saya cukup malas dengan subjek Matematik, dan selalu fail. Bila naik ke Tingkatan 5, tiba-tiba saja semangat nak belajar naik, dan Cikgu Normalah yang membimbing saya sehingga akhirnya saya mendapat A dalam subjek tersebut di dalam SPM, satu perkara yang tak pernah dijangka. Sama juga dengan Cikgu Noraini, semangat yang ditunjukkan membuatkan saya rajin belajar dan ulangkaji subjek Ekonomi Asas. Tahun lepas, 2 tahun  selepas meninggalkan sekolah, saya hanya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada kedua-dua cikgu ini melalui sms, guru yang lain saya tiada nombornya.

Dan saya tak lupa ucapan Selamat Hari Guru ditujukan khas buat guru yang mengenali saya, sejak dari Tingkatan 1 sampailah ke Tingkatan 5, saya akan cuba senaraikan; Ustaz Rashid, Ustazah Nuriah, Ustaz Ahmad, Cikgu Fauzan, Cikgu Anita, Cikgu Fauzi, Cikgu Syed, Cikgu Ali, Cikgu Salimah, Ustaz Ismail, Cikgu Salbiah, Cikgu Norizan, Teacher Rozaina, Cikgu Noraini, Cikgu Mohd Noor, Cikgu Fatimah, Cikgu Zakiah, Teacher Halina, Cikgu Md Rani, Cikgu Nik, Ustazah Habsah, Cikgu Ismail Muda, Ustaz Razduan, Teacher Sabariah Mubin, Cikgu Salwati, Cikgu Sharman, Cikgu Afnida, Ustazah Wook, Ustazah Sabariah Sambak, Cikgu Soohaimi, dan Cikgu Azmi. Terima kasih, jasa kalian saya kenang sampai bila-bila.

Ucapan hari guru ini juga saya ucapkan kepada semua guru yang bernafas di atas muka bumi ini (pensyarah dan ustaz juga dikategorikan sebagai guru), KECUALI guru yang pentingkan diri, yang zalim, yang mahukan duit semata-mata, tak ikhlas, dan lain-lain sifat negatif. Golongan ini langsung tidak layak dipanggil guru. Baik pergi jahanam. Kepada guru-guru yang baik, teruskan usaha murni kalian mendidik serta membimbing anak-anak bangsa, supaya menjadi insan berguna.

SELAMAT HARI GURU😉

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: