jump to navigation

Rusila May 20, 2009

Posted by Yakuza in Kenangan, Medan Jaya, Rumahku.
trackback
Sebahagian daripada Taman Medan Jaya, gambar diambil dari Masjid Medan Jaya

Sebahagian daripada Taman Medan Jaya, gambar diambil dari Masjid Medan Jaya

Di tempat inilah merupakan salah satu tempat saya membesar. Lokasinya di Taman Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu. Sekarang tempat ini tak banyak berubah, sama keadaannya sewaktu saya kecil dahulu. Saya selalu balik di sini, tidur di rumah nenek, sewaktu cuti. Sejak dari dulu hinggalah sekarang. Dulu semasa cuti sekolah, dekat akhir tahun, di sinilah tempat menghabiskan cuti. Ingat lagi pada waktu itu akhir tahun 2005 dan juga akhir tahun 2006.

Pada tahun 2007, tinggal di sini lama sikit, maklumlah tahun tersebut merupakan “tahun rehat”, memandangkan tahun sebelumnya saya menduduki SPM. Berbulan-bulan juga, hinggalah 2008. Bagi saya, untuk melihat pemandangan yang indah di sini, biasanya saya duduk belakang rumah saja, lihat bangunan Telekom dari jauh (saya pernah menulis tentang ini pada entri sebelumnya. Boleh disemak). Seminggu sebelum balik semula ke Selangor, saya menikmati pemandangan cantik Taman Medan Jaya dari Masjid Medan Jaya, yang terletak di atas bukit. Sungguh nyaman rasanya sewaktu sembahyang zohor di masjid tersebut, kerana tempatnya yang tinggi.

Masjid Medan Jaya yang terletak di atas bukit. Pemandangan dari jauh, depan rumah nenek.

Masjid Medan Jaya yang terletak di atas bukit. Pemandangan dari jauh, depan rumah nenek.

Tapi masjid ini saya ingat dulu hanya beberapa kali saja saya sembahyang jemaah di sana. Lagipun jemaahnya agak kurang. Boleh dikira dengan jari. Maklumlah masjid puak “ehem-ehem” (tak mau bicara pasal politik🙂 ) Biasanya di Rusila, masjid yang saya kerap pergi ialah Masjid Rusila, yang terletak di luar Taman Medan Jaya, atau lebih dikenali sebagai Masjid Haji Hadi. Kalau saya bercuti di sini, setiap pagi Jumaat menjadi satu kewajipan kepada saya untuk pergi mendengar kuliah di sana. Saya masih ingat dua tahun lepas, selepas saya keluar dari Madrasah al-Hidayah pada Jun 2008, saya tinggal di sini, dan tiap-tiap minggu saya pergi ke Masjid Rusila.

Masjid Rusila (Masjid Haji Hadi)

Masjid Rusila (Masjid Haji Hadi)

Gambar di atas bukan kepunyaan saya, saya tak ambil menggunakan kamera. Tapi dapat dari internet, tadi petang saya buka sekejap Google Satellite, nak tengok Kuala Terengganu dari angkasa. Nak lepaskan rindu. Bila search Rusila, Marang, Terengganu, ada terkeluar gambar masjid ni satu. Lepastu terus save lah gambar ini.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: