jump to navigation

Lebih Mencabar June 5, 2009

Posted by Yakuza in Catatan, pembelajaran.
trackback

Betullah kata-kata orang, semakin kita meningkat dari semester ke semester, pembelajaran makin sukar. Sebab itulah bila kita mula-mula start melanjutkan pelajaran ke IPT, mesti score tinggi. Walaupun saya tak ambil kisah sangat pasal markah, namun saya terpaksa mengiakan bahawa cabaran semakin hebat apabila kita semakin senior.

Sekarang saya sudahpun semester 3. Bermakna saya sudah masuk tahun ke 2. Dan juga bermakna sudah setahun rupanya saya menghabiskan waktu di sini, dengan persekitaran dan keadaan yang “ntah hapa-hapa”. Namun oleh kerana zaman ini memerlukan serta mewajibkan seseorang memiliki kelulusan, terpaksa jugalah saya menamatkan sebahagian hidup saya di sini, walaupun untuk segulung Diploma. Selepas graduate nanti (InsyaAllah), tobat saya tak mahu sambung belajar lagi, dan mahu menumpukan terhadap kerja dan bidang yang saya minat. Diploma pun diploma lah, walaupun apa kelulusan pun, setinggi mana pun, perlu diingat ya tuan-tuan dan puan-puan, itu semua (kelulusan) tak dapat membantu kita di dalam kubur mahupun di padang mahsyar nanti. Take a note ye!

Berbalik pada cabaran yang semakin hebat itu. Sepatutnya saya belajar dengan jam kredit 15 saja, tapi disebabkan kecuaian saya tersilap menyalin jadual final exam pada bulan Mac lepas, menyebabkan semester ini saya terpaksa repeat satu subjek yang mempunyai 3 jam kredit, membuatkan jam kredit saya melebihi rakan-rakan yang lain, iaitu 18. Tak apalah, tak kisah sangat pun. Asalkan pointer atas daripada 2. Kalau tak, pinjaman tak lulus.

Tapi baru 2 minggu start belajar, kerja yang dapat sudah hampir bertimbun. Jadi busy sikit. Kacau betul. Ditambah lagi dengan subjek baru Bahasa Mandarin. Mencabar juga, terbelit lidah nak menyebut huruf di dalam Pinyin Sistem iaitu huruf di dalam Bahasa Mandarin. Kalau semester yang lepas-lepas, saya ambil Bahasa Arab, dan boleh la nak main-main, sebab saya punya asas di dalam bahasa tersebut. Semasa semester 1 dan 2, saya dapat 4 flat di dalam subjek itu. Semester ini mungkin lain sikit, dan kena kerja lebih keras lagi. Ditambah lagi dengan 1 subjek kena repeat, tapi pensyarahnya belum ada lagi, khabarnya 15hb ni baru ada.

Duduk di sini kena sibukkan dengan kerja itu dan ini. Pensyarah pun satu, bengong. Bagi kerja, atau assignment, bukan mereka tak tahu, hasil kerja pasti kerja “cetak rompak”, kerana pelajar akan tiru sana-sini, copy di dalam internet, jadi kerja yang diberi bukannya hasil daripada otak pelajar tersebut. nasib baik seorang ustaz yang mengajar Fiqh ni cerdik, dia tak bagi pun kerja, cuma tugasannya ialah presentation saja. Nasiblah, dah selamat satu subjek. Busy berkuranglah sikit.

Tapi masalah lain pula timbul, lecturer English pulak, setiap masa cakap Inggeris je, bukan saya tak faham, cuma benci kepada sesiapa yang mengenepikan bahasa ibunda. Dahla tegas, walaupun nampak lawak. Nasiblah, baki ada 3 semester lagi. Nak tak nak, terpaksalah menghabiskan semuanya, bila dah keluar dari sini, baru merdeka. Bosan dan rimas di sini.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: