jump to navigation

Kucing Belanda June 13, 2009

Posted by Yakuza in Catatan.
trackback

Seekor arnab dijumpai di Flat Seri Nilam, Ampang. Ditemukan oleh seorang chef yang berumur 40-an, di depan rumahnya. Arnab jantan, berbulu coklat, dan lembut seakan-akan kucing, dan berumur di dalam linkungan 3 bulan. Sekarang arnab ini berada di Lembah Jaya Selatan, Ampang. Chef tersebut membawa mamalia ini ke rumah emaknya.

Arnab yang diletakkan di dalam sangkar. Jinak dan tidak lari apabila dilepaskan.

Arnab yang diletakkan di dalam sangkar. Jinak dan tidak lari apabila dilepaskan.

Comel betul. Tapi tak setanding kucing. Saya suka kucing berbanding arnab. Arnab ni senyap. Kucing keluar juga bunyi.

Comel betul. Tapi tak setanding kucing. Saya suka kucing berbanding arnab. Arnab ni senyap. Kucing keluar juga bunyi.

Musuh ketat kepada mamalia ini ialah anjing. Anjing kalau lihat makhluk di atas ni, mesti riuh rendah dan menyalak-nyalak, kemudian kejar, dan kalau nasib baik, dapat “ngap”. Arnab ni pulak kalau nampak je anjing, mesti lari macam tengok hantu. Binatang pemangsa lah katakan. mata pun kat tepi. Chef tersebut menceritakan kepada saya, dia masa muda dulu pernah makan daging arnab ini, isinya warna putih, rasanya seperti ayam. Paha pun sama macam ayam. Tapi saya tak dapat bayangkan. Macam makan kucing pulak. Orang Ahlul Bait dilarang memakan haiwan ini.

Duduk di atas daun pisang, untuk dimakan. Carrot pun tak habis lagi.

Duduk di atas daun pisang, untuk dimakan. Carrot pun tak habis lagi.

Mengunyah salah satu makanan kegemaran, iaitu daun pokok pisang. Bila dah dapat daun pisang, terus dilupakan dan dipijak carrot itu. Carrot diketepikan

Mengunyah salah satu makanan kegemaran, iaitu daun pokok pisang. Bila dah dapat daun pisang, terus dilupakan dan dipijak carrot itu. Carrot diketepikan

Makanan kegemaran bagi animal di atas ialah daun pisang dan daun pucuk ubi. Memang favourite. Ini arnab jantan, dan chef tersebut telah bagi cadangan untuk mengahwinkannya dengan arnab betina. Tapi last-last dia nak arnab ni jadi gay pulak, nak letak dengan arnab jantan lain. (dengar ceritalah).

TIPS MENJAGA ARNAB : Bila arnab betina melahirkan anaknya, (biasanya 4,5 ekor sekali beranak. Maksimum 8 ekor) jangan sesekali sentuh anak arnab tersebut, kerana ibunya tak akan menyusukan anaknya apabila terdapat bau manusia pada anaknya. ibunya akan biarkan anaknya mati.

Kenapa tajuk posting ini “Kucing Belanda”? sebab didalam kitab jawi lama (atau kitab kuning), binatang ini disebut sebagai kucing belanda.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: