jump to navigation

Lihat Sepuas-Puasnya July 24, 2009

Posted by Yakuza in Angan.
trackback

universityofmalaysiasabzz2

universityofmalaysiasabmn1

Sungguh indah pemandangan sebegini. Setakat ini saya belum pernah melihat pemandangan di atas secara “live”. Kalaulah saya berkesempatan, nescaya saya akan menatapnya sepuas-puas. Bersyukur kerana matahari masih lagi terbit dari sebelah timur, dan terbenam di sebelah barat. Pintu taubat masih terbuka. Saya selalu bertanya kepada diri ini, “Walaupun pintu taubat belum ditutup, kenapa aku masih berdegil, susah sangat untuk memohon ampun kepada Tuhan?”

Bila matahari merajuk kerana melihat terlalu banyak kemungkaran yang dilakukan oleh keturunan Adam di atas muka bumi, maka ia mengadu kepada Allah,ia tak sanggup lagi menerangi bumi.  Saat itulah selama 3 hari 3 malam bumi bergelap tanpa matahari. Saat itulah pintu taubat sudah tertutup rapat. Yang beriman, dan sedar akan fenomena ini, akan sentiasa beribadat kepada Allah, manakala yang lalai, masih enjoy sepuas-puasnya.

Saya juga selalu angankan mahu pergi ke suatu tempat, atau taman, kemudian duduk terlentang di atas rumput sambil memerhatikan langit yang dipenuhi bintang,dan juga memikirkan tentang kuasa tuhan yang menciptakan alam ini. Lagipun tidur terlentang sambil memikirkan kuasa tuhan adalah tidur para nabi.

Saya juga ingin meniru perbuatan Nabi Ibrahim yang dirakamkan di dalam al-Quran ketika baginda mencari Tuhan, memerhatikan alam ini, melihat malam bertukar siang, terbit matahari, kemudian terbenam ia, malam pula menjelma bersama bulan penuh dan juga bintang yang bertaburan.

Dan juga tempat yang saya ingin cari dan tidur di situ mestilah tempat yang tidak diganggu oleh nyamuk! dan saya dapat merasakan kedinginan malam.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: