jump to navigation

Langit Yang Cantik August 6, 2009

Posted by Yakuza in Catatan.
trackback

Crepuscular_ray_sunset_from_telstra_tower_edit

Cantiknya melihat sinaran matahari yang muncul menerangi bumi dari sebalik awan. Rasa-rasanya amat mustahil untuk melihat keadaan sama seperti di atas. Langit terbuka seakan-akan mahu mengeluarkan sesuatu. Mengikut agama Kristian, Jesus (Nabi Isa) diangkat ke langit setelah 3 hari dikebumikan, langit yang dituju oleh Jesus itu terbuka luas dengan sinaran matahari yang memancar.

Mengikut aqidah kita sebagai umat Islam, Nabi Isa (atau Jesus) tidak pernah mati, dan diri baginda diangkat ke langit pada malam baginda diburu. satu persamaan diantara Islam dan Kristian mengenai fahaman ini ialah, di akhir zaman, Jesus akan turun semula ke bumi untuk menegakkan keadilan.

Setiap agama Samawi (langit) iaitu Islam, Kristian, dan Yahudi mempercayai bahawa di akhir zaman atau dipenghujung usia bumi akan turun seorang messiah (penyelamat). Bagi Islam, penyelamat tersebut ialah Imam Mahdi, dan Nabi Isa turut muncul setelah Imam Mahdi, bertujuan untuk beriman dengan ajaran Nabi Muhammad melalui Imam Mahdi, dan seterusnya Nabi Isa membantu Imam Mahdi membunuh Dajjal, dan mengembalikan aqidah umat Kristian kepada asal, iaitu menyembah Allah.

Bagi masyarakat Kristian, sudah tentulah Jesus atau Nabi Isa akan turun ke bumi untuk memenuhi keadilan di atas muka bumi ini. Dan agama Yahudi pula, penyelamat yang mereka sedang tunggu ialah Dajjal, yang muncul untuk melindungi orang Yahudi.

Wallahualam.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: