jump to navigation

Petir August 10, 2009

Posted by Yakuza in Alam.
trackback
Blue lightning

Blue lightning

Ia dipanggil petir, atau guruh. Saya teringat sewaktu saya berumur 5 atau 6 tahun, semasa di tadika. Tibanya waktu makan, semua murid beratur macam keretapi ke dewan makan. Masa itu hari memang nak hujan. Biasanya sebelum makan, guru yang membimbing murid ke dewan makan bercakap seketika menggunakan mikrofon. Berpesan kepada pelajar yang mahu makan. Apa yang dipesankan itu saya sudah lupa.

Selepas itu pelajar beramai-ramai menadah doa sambil mengikut bacaan doa makan yang dibacakan oleh salah seorang murid tadika. Waktu itulah guruh atau petir tiba-tiba menyambar. Bunyinya agak kuat. Lantas guru tersebut mencapai mikrofon dan menyuruh murid-murid jangan buat bising, kerana guruh berbunyi tanda Allah sedang marah.🙂

Fenomena petir juga amat cantik bagi saya. Tapi biasanya kalau guruh atau petir, saya akan berkurung di dalam rumah atau bilik. Saya tak keluar jalan-jalan. Amat bahaya kalau kita berada di bawah pokok ketika kilat sabung-menyabung. Jika seseorang itu mengalami fobia apabila terdengar bunyi guruh, seingat saya ianya disebut brontophobia.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: