jump to navigation

Ramadhan Datang Lagi August 21, 2009

Posted by Yakuza in Catatan, Kenangan, Memori yang lalu.
trackback

Tahun ini merupakan tahun kedua saya menghabiskan sebahagian besar berpuasa di sini. Kali pertama pada tahun lepas, iaitu pada semester 1, dan waktu inilah peperiksaan akhir semakin hampir. Saya hanya balik ke Terengganu beberapa hari sebelum raya. Jika diingat balik, terlalu pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik, sudah setahun. Kalau bulan puasa, saya tak akan pergi ke mana-mana. Hanya duduk di dalam bilik seharian. Kalau keluar pun untuk beli makanan buat berbuka puasa atau bersahur.

Bila duduk dalam bilik, saya hanya duduk mengadap laptop. Sama seperti tahun lepas. Kalau tahun lepas, pada bulan Ramadhan, seingat saya banyak kali juga saya tak tidur malam, dan hanya tidur selepas solat Subuh, kemudian bangun pada pukul 12 tengahari. Tak tidur malam, biasanya saya tengok filem bersama kawan sebilik di dalam laptopnya, atau saya solat malam, ibadah sikit-sikit, atau duduk mengelamun. Tak tahu kenapa tahun lepas saya langsung tak rasa mengantuk bila berjaga malam. Kadang-kadang bersembang dengan kawan sehingga subuh. Macam-macam topik keluar. Itu tahun lepas, semasa akhir semester 1, dan juga sewaktu kami masih lagi duduk di bilik lama. Sekarang kami semua tidak lagi tinggal sebilik, bilik ditukarkan, dan jaraknya agak jauh.

Tahun lepas juga kalau waktu malam, selain daripada buka buku sikit untuk peperiksaan, saya biasanya pasang lagu nasyid kuat-kuat kemudian karaoke sikit-sikit. Sekarang itu hanya jadi kenangan. Ramadhan kali ini tak tahulah apa aktiviti di bilik baru ini.

Saya juga rindukan bulan Ramadhan sewaktu bersekolah dahulu. Kadang-kadang bersembahyang tarawikh di Masjid Ladang (lokasi solat tarawikh tak tentu, selalu tukar-tukar masjid atau surau). Dan juga rindukan suasana berpuasa di Terengganu. Lebih kurang 3 tahun lepas, selalunya apabila solat tarawikh mencapai rakaat ke 8, selepas itu saya tak solat lagi, walaupun masjid/surau tersebut buat 20 rakaat. Waktu selebihnya saya akan berborak dengan seorang junior saya ketika itu,( sekarang ini mungkin dia sedang bersiap sedia untuk menghadapi SPM).

Apa-apapun, bersyukur kerana kita masih lagi dapat menikmati Ramadhan, bulan keberkatan, penuh dengan keampunan. Sama-samalah kita tingkatkan amalan kita, dan menjadi insan yang lebih bertaqwa.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: