jump to navigation

Ramadhan & Malam Misteri September 7, 2009

Posted by Yakuza in Ramadhan.
trackback

Cepat betul. Pejam celik pejam celik sudah lebih 2 minggu berpuasa. Bermakna kurang 2 minggu lagi kita semua akan meninggalkan bulan penuh berkat ini. Di Malaysia, bulan Ramadhan seolah-olah bulan yang luar biasa, ada aura lain. Sepatutnya bulan untuk berjimat cermat, tapi jadi sebaliknya. Perbelanjaan pada bulan ini melebihi pada bulan-bulan biasa (terutamanya bab makanan). Sebenarnya tak ada apa yang asing pada masa ini, yang beda hanyalah amalan dan ganjaran yang bertambah. Tapi tidak bagi orang Melayu. Berbelanja sakan bila buka puasa.

Bercakap pasal Ramadhan, semuanya harap nak tambah pahala, gandakan amalan. Tak kiralah apa-apa ibadat pun, ganjarannya melebihi hari-hari biasa. Yang istimewanya, ada satu malam yang penuh dengan misteri. Malam inilah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tamakkan pahala🙂 . Masa saya kecil dulu, saya ada dengar

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem

cerita, pada malam seumpama ini keadaan menjadi senyap sunyi, terlalu sepi. Semua makhluk sedang bersujud, termasuk pokok. Tak tahulah, sebab tak pernah lagi lalui. Malaikat turun beramai-ramai pada malam ni, sebahagiannya berjumpa dengan penduduk bumi dengan jelmaan yang berbagai. Ada yang menjelma jadi manusia, ada juga binatang.

Banyak dalil sama ada dari al-Qur’an mahupun hadis menceritakan tentang malam yang penuh misteri ini tapi istimewa. Tak ramai yang berpeluang untuk menikmatinya. Beribadat pada malam itu seumpama kita beribadat selama 80 tahun. Itulah yang disebut malam Lailatul Qadr. Ada cerita lagi, seorang hamba Allah selalu beribadat sepanjang malam Ramadhan, memang tak pernah lepas. Tapi pada satu malam itu memang dia rasa teramat mengantuk, lalu tertidur hingga pagi. Malam itulah Lailatul Qadr. Sempat atau tak sempat itu semua atas kehendak Allah. Sewaktu belajar di pondok dulu sekejap, Ustaz saya ada bercerita tentang pengalamannya yang sempat merasai Lailatul Qadr. Seperti malam-malam yang biasa, tak ada benda pelik turun, cuma rasanya lain macam sikit. Tak tahulah lain macam mana. Dan dia cakap lagi, jika malam tersebut malam Lailatul Qadr, keesokan harinya suhu di bumi agak kurang panas, walaupun cuaca kelihatan panas. Itu kerana pada ketika itu malaikat-malaikat yang turun ke bumi pada malam Lailatul Qadr tengah sibuk naik ke langit. Jadi ia akan melindungi atau mengurangkan haba matahari kerana jumlah yang terlalu ramai.

Wallahualam. Macam-macam cerita saya dengar. Nak jumpa malam tu bukan senang. Hadis yang paling terkenal dikalangan kita, malam tersebut jatuh pada salah satu 10 malam terakhir. Ada yang mentafsirkan malam yang bernombor ganjil, contohnya malam ke 21, 23, 25, 27, dan 29. Ada yang kata malam ke 27. Huhu..😉 . Ulama’ dari Iran pula menyuruh banyakkan amalan pada malam ke 19, 21, 23. Dan tekankan pada malam ke 23.

Apa-apapun, sempat atau tidak, beribadat pada malam bulan puasa sudah lebih dari cukup untuk memperoleh ganjaran yang berlipat ganda. Lebih baik dari yang langsung tak buat apa-apa.

Comments»

1. Misterriz - September 8, 2009

Selamat malam kawan,salam kenal dari saya,terimakasih telah menambah wawasan bagi saya dengan tulisan-tulisan yang bermakna
Temukan rahasia terabaikan dari huruf hijayah dan kehebatan budaya kita antara lain kisah perang baratayuda yang sebenarnya jauh lebih hebat di bandingkan kisah fiksi dari negara lain…..baca artikel lengkapnya di rahasia dari yang terabaikan atau
curahkan kegelisahan hati anda seputar cinta di manajemen cinta
senang berkenalan…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: