jump to navigation

Tiada Sinar Ramadhan Di Kalangan Melayu September 12, 2009

Posted by Yakuza in Catatan, Renungan.
Tags: , ,
trackback

Bagi saya, pada pengamatan saya, pada pemerhatian saya, dan pada penglihatan saya setakat ini, bulan Ramadhan langsung tiada erti di bumi Malaysia dan dikalangan orang-orang Melayu. Bulan Ramadhan diertikan hanya sebagai tahan semata-mata – tahan lapar, tahan nafsu, dan lain-lain. Mereka tak nampak ada banyak lagi isi di dalam Ramadhan, tapi malangnya istilah itu disempitkan dengan menggantikannya dengan bulan puasa.

Masyarakat Melayu kurang penghayatan Islamnya. Ramadhan bagi umat Islam untuk menunjukkan dan supaya umat Islam merasa akan kesengsaraan manusia lain yang tidak cukup sumber makanan, manusia lain yang sentiasa berlapar – ini semua sebagai satu pengajaran bagi kita untuk menghargai rezeki yang dinikmati. Dan malangnya, bila tiba Ramadhan, orang Melayu akan ingatkan Raya. Raya itu penting. Memang genetik Melayu, wujud hanya untuk bersuka ria. Cuba pembaca bandingkan, berapa banyak lagu yang dinyanyikan khas untuk menyambut Bulan Ramadhan dengan lagu yang direka, dinyanyikan untuk menyambut ‘Idul Fitr. Saya rasa nisbahnya 1:20. 1 lagu menyambut Ramadhan bersamaan 20 lagu raya. Macam-macam lagu raya, dari dulu hingga sekarang.

Tapi lagu untuk mensyukuri Ramadhan? Berapa banyak? Itu satu contoh. Saya melawat banyak blog di alam cyber ini, dan hasilnya saya menemukan, memang betul orang Melayu hanya pentingkan hiburan, rata-ratanya menyebut, “Eiiii…tak sabarnya nak beraya, kurang 2 minggu lagi,” dan “lambatnya raya, tak sabar nak party-party,”. Langsung tiada penghayatan untuk bulan Ramadhan. Dan amalan yang biasa kita lihat, bukan untuk menghidupkan Ramadhan, tapi memampuskan Ramadhan ialah bila tiba waktu makan (berbuka). Kita lihat hotel-hotel berebut untuk mengadakan buffet berbuka puasa, dengan harga yang rendah, kadar yang berpatutan. Orang boleh makan sebanyak mungkin. Ini semua telah menghilangkan rasa penghayatan kita tentang penderitaan yang dialami oleh orang-orang miskin, yang jarang-jarang dapat menikmati daging! (Kalau dapat tulang, sudah berguling-guling kerana terlalu gembira).

Berbelanja lebih dari keperluan – makanan, pakaian,perhiasan, kuih – semuanya untuk hibur-hiburan. Nanti belum sempat habis Ramadhan, sudah terfikir untuk membuat Open House! Makan lagi. Lepas tu party – alahai Melayu, ingat Ramadhan ingat puasa, ingat puasa ingat Raya, ingat Raya ingat makan dan party. Kemana menghilang semangat Ramadhan?

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: