jump to navigation

Masjid Taman Medan Jaya October 1, 2009

Posted by Yakuza in Uncategorized.
trackback

Selalunya saya akan pergi bersolat di masjid ini pada jam di antara 1-3 petang, setiap kali berada di sini (Rusila Terengganu) pada cuti semester. Beberapa hari lepas saya pergi lagi. Kedudukan masjid ini yang cukup strategik (atas bukit), cantik, dan apabila berada di atas, terasa sungguh nyaman kerana angin sepoi-sepoi bahasa.

Terletak di atas bukit di Taman Medan Jaya Rusila Marang Terengganu. Gambar diambil dari jauh.

Terletak di atas bukit di Taman Medan Jaya Rusila Marang Terengganu. Gambar diambil dari jauh.

Pandangan dari bawah. Selepas mendaki bukit sekejap, di sebelah kanan kita ada tangga kecil untuk ke masjid bagi pejalan kaki. Kalau yang berkenderaan, jalan terus sehingga tempat parking.

Pandangan dari bawah. Selepas mendaki bukit sekejap, di sebelah kanan kita ada tangga kecil untuk ke masjid bagi pejalan kaki. Kalau yang berkenderaan, jalan terus sehingga tempat parking.

Tempat ambil wuduk.

Tempat ambil wuduk.

Pintu masuk utama bagi jemaah lelaki. Setiap kali saya datang, sunyi saja. Memang masjid ini kekurangan jemaah. Tapi yang seronoknya ialah tempatnya yang boleh buat kita tenangkan fikiran dicampur dengan kenikmatan angin lembut.

Sewaktu saya masuk, kelihatan imam masjid mengajar tajwid dengan betul kepada 2 orang warga emas. Mereka memulakan dengan tajwid dalam surah al-Fatihah. Orang tua tersebut mendapat masalah untuk menyebut perkataan 'ain. Bunyinya menjadi seperti huruf alif. Biasanya jemaah masjid ini hanyalah dalam lingkungan 5 atau 6 orang pada waktu siang.

Sewaktu saya masuk, kelihatan imam masjid mengajar tajwid dengan betul kepada 2 orang warga emas. Mereka memulakan dengan tajwid dalam surah al-Fatihah. Orang tua tersebut mendapat masalah untuk menyebut perkataan ‘ain. Bunyinya menjadi seperti huruf alif. Biasanya jemaah masjid ini hanyalah dalam lingkungan 5 atau 6 orang pada waktu siang.

Di tepi tingkap inilah tempat saya selalu bersolat. Cukup nyaman, tak perlu pasang kipas. Angin yang masuk melalui tingkap sudah cukup. dan melalui tingkap ini juga kita boleh lihat sedikit pemandangan Taman Medan Jaya dari atas.

Pandangan dari sebelah kanan masjid. Halaman yang sederhana, ada laluan pejalan kaki, pokok untuk berteduh, dan rumput yang boleh tahan panjangnya. Di sebelah kiri masjid ialah tempat letak kereta dan motor (gambar tidak diambil).

Pemandangan dari tangga kecil. Sebahagian dari Taman Medan Jaya. Saya juga pernah memasukkan entri berkaitan masjid ini pada beberapa bulan lepas.

Pemandangan dari tangga kecil. Sebahagian dari Taman Medan Jaya. Saya juga pernah memasukkan entri berkaitan masjid ini pada beberapa bulan lepas.

Kesimpulannya masjid ini amat sesuai pada tempatnya dan selesa diduduki. Setiap kali balik ke Taman Medan Jaya Rusila Marang Terengganu, saya pasti akan mengunjungi masjid ini pada sebelah siang. Kadang-kadang suasana sunyi, sesuai untuk tenangkan fikiran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: