jump to navigation

Fantasy Couple (Drama) October 13, 2009

Posted by Yakuza in Catatan.
Tags: , , , , ,
trackback

romaxlv123771

Inilah drama Korea pertama yang saya habiskan. Sebelum ini memang saya kurang tengok dan tidak berapa minat untuk tengok, dan saya sering perlekehkan orang yang suka tengok drama Korea (sekarang drama Korea menjadi satu kegilaan terutamanya bagi orang perempuan). Tapi semenjak tengok drama ini (Fantasy Couple atau Couple or Trouble versi Inggeris) pada bulan Ramadhan lalu saya terus habiskannya. Drama ini dikeluarkan pada tahun 2006 dan mempunyai 16 episod. Saya dapatkannya melalui laptop kawan saya, copy menerusi pendrive. Oleh kerana terlalu bosan, saya ambil saja apa cerita yang terdapat di dalam laptopnya. Dan saya terambil drama ini.

Mula-mula tengok, biasa saja. Tapi akhirnya ia seolah-olah menyuruh kita sambung tontonan kita kerana pada setiap penghujung episod ia berjaya membuatkan penonton tertanya-tanya apa sambungannya, dan pada episod yang akhir-akhir itulah yang membuatkan ia semakin seronok ditonton. Saya sudah mengkhatamkannya sebanyak 3 kali. Inilah penangannya. Ia mengisahkan tentang seorang wanita kaya yang garang dan menakutkan (Jo Anna) telah hilang ingatan kerana terjatuh di dalam laut, dan dia dijaga oleh seorang lelaki (Jang Chul Soo) yang berdendam dengannya kerana wanita tersebut menyebabkan lelaki itu banyak mengalami kerugian. Tapi sebaliknya bermacam-macam perkara kelakar dan menarik terjadi semenjak mereka tinggal bersama.

Saya mendapati drama Korea lebih “sopan” berbanding Jepun, bahasanya pun enak didengari, jalan cerita yang lebih sopan, dan watak yang agak matang berbanding drama Jepun ataupun China/Hong Kong/Taiwan, serta tidak ada gaya rambut yang pelik-pelik. Di samping mempunyai latar belakang yang cantik. Di bawah ini adalah screenshot-screenshotnya :

Couple of Fantasy

Yoo Kyung

dog

jjajangmyun

vlcsnap-2009-10-12-22h00m32s98

vlcsnap-2009-10-12-22h20m52s60

Antara drama terbaik pernah saya tengok. Sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Saya bagi 4 bintang!   ;)  :)  :p

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: