jump to navigation

Diantara Dua Persimpangan October 17, 2009

Posted by Yakuza in Catatan, monolog dalaman.
trackback

Dalam hidup ini manusia memang selalu berhadapan dengan situasi “kena pilih satu diantara dua”. Kita memang selalu terpaksa membuat pilihan. Alangkah baiknya jika tak perlu ada pilihan, kita tak mahu satu, tapi nak kedua-duanya. Tapi apakan daya kerana ia bersangkut paut dengan kemampuan kita, dan semestinya – ketentuan daripada Yang Maha Esa. Saya sekali lagi melalui keadaan ini. Umpama berada di 2 persimpangan. Saya harus memilih salah satu daripada simpang yang berada dihadapan mata. Jika saya telah memilih salah satunya, saya tidak dapat lagi kembali ke tempat asal untuk membuat pilihan sekali lagi. Berhadapan dengan situasi begini biasanya kita berada dalam keadaan dilema.

Mana satu yang patut dipilih? Masing-masing ada kebaikan dan keburukan tersendiri. Nak tak nak terpaksa juga memilih. Jika saya memilih salah satu jalan, yang mana saya telah bayangkan dan rancangkan lebih awal – ia pasti akan memberi kesan terhadap diri dan masa depan, dan memilih jalan ini bermakna saya berhadapan dengan risiko yang besar. Kemungkinan bahagia atau derita. Iaitulah pergi ke satu tempat dengan kos tertentu – ia bakal mencorakkan sejarah di dalam hidup. Tempohnya hanya dalam beberapa hari. Tapi jika terlepas ini bermakna saya telah mengalami kerugian yang besar yang bakal membawa kepada penyesalan yang tak sudah.

Yang satu lagi, ia adalah satu benda yang boleh menenangkan saya. Kosnya lebih sedikit berbanding di atas, tempohnya juga lama – tapi kesannya ia tak boleh mengembangkan saya, membuatkan saya terus berada di takuk yang lama. Langsung tidak mencorakkan sejarah mahupun masa depan. Tapi ini juga salah satu keinginan saya, ia datang kemudian daripada pilihan yang pertama. Aduhai…

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: