jump to navigation

KL – Tempat Yang Tidak Sesuai October 29, 2009

Posted by Yakuza in Alam, Catatan.
trackback

Bagi saya, mereka-mereka yang tinggal di tengah-tengah kota Kuala Lumpur tidak boleh berfikir dengan baik. Bandaraya Kuala Lumpur bagi saya bukanlah tempat yang sesuai untuk mengeluarkan fikiran, mengeluarkan pendapat atau idea yang bernas ataupun berfikiran rasional. Otak manusia tidak sesuai dengan keadaan seperti di Kuala Lumpur. Mengapa saya kata begitu?

Biasanya kalau kita mahu merehatkan otak, atau mahu “refreshkan” otak, kita akan sedut nafas (oksigen) dalam-dalam. Dan apabila dihembuskan, kepala kita akan berasa lebih lega. Dan ia dapat membantu kita untuk mengeluarkan fikiran dengan baik serta mampu berfikir dengan lebih teliti. Oksigen memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Tanpanya, mustahil kita dapat bernyawa. Oksigen datangnya daripada daun hijau, oksigen yang segar dapat menyegarkan tubuh serta minda kita. Sebab itulah kita merasa segar dan nyaman apabila tinggal berhampiran dengan kawasan yang mempunyai banyak pokok yang mempunyai daun yang lebat.

Kita tidak mampu berfikir dengan baik jika oksigen tercemar. Inilah yang berlaku di Bandaraya Kuala Lumpur. Beberapa bulan lepas saya melihat Bandaraya Kuala Lumpur dari sebuah bukit di Ampang, menghala ke Hulu Langat. Di sekitar kawasan Bandaraya tersebut, saya melihat gumpalan-gumpalan asap yang berwarna kelabu menyelubungi Bandaraya Kuala Lumpur. Udara di sana tercemar. Dan ia bukan tempat yang sesuai untuk otak kita kerana ketiadaan oksigen atau udara yang segar.

p/s : Kata Ah Tan, wallahu’alam betul tak betul. Dia kata kita biasanya berasa tenang sewaktu hujan turun. Ini kerana hujan membersihkan udara yang tercemar. Dan kita akan berasa tenang apabila selepas hujan berhenti. Maknanya ketika itu banyak udara yang segar kembali.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: