jump to navigation

Demontrasi Harga Yuran November 6, 2009

Posted by Yakuza in Catatan.
trackback

Semalam berlaku demonstrasi anjuran Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang diadakan diperkarangan di salah sebuah cafe di kolej. Demonstrasi tersebut diadakan selepas solat hajat. Ini kerana harga yuran di sini terlalu mahal dibandingkan dengan mana-mana IPTS di Selangor ini. Bermacam-macam aduan dibuat, surat hitam putih, kepimpinan MPP bersilih ganti, bahkan dah pernah pun keluar di dalam akhbar Kosmo, tapi masalah ini masih lagi tidak selesai. Kebanyakan pelajar yang saya temui hampir kesemuanya menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan kolej universiti ini dan juga bahagian hal ehwal pelajar. Ramai yang mendakwa pihak-pihak inilah yang banyak mengambil kesempatan dan keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada duit pelajar. Yuran di sini sangat membebankan, dan tidak masuk akal, termasuk yuran bagi tempat penginapan.

Semalam demonstrasi dilakukan secara aman, tapi ada beberapa pihak yang kelihatan sangat tidak berpuas hati. Kebetulan lokasi demonstasi itu di adakan di tanah lapang hadapan sebuah cafe, dan berdekatan dengan dorm siswa, banyak gangguan dibuat. Umpamanya pihak cafe tersebut menggunakan mikrofon untuk mendesak pelajar yang berdemonstrasi bersurai, dan ugutan dibuat – akan diambil tindakan. Tetapi arahan tersebut tidak diendahkan, kerana kami membuat perhimpunan aman. Ada lagi suara-suara sumbang yang menggangu, datangnya daripada beberapa ekor anak anjing haram yang menyalak dari tingkat atas dorm. Mengejek dan mempersendakan. Padahal mereka juga nanti terpaksa membayar mahal kerana belajar di sini? Inilah salah satu contoh anak Melayu tak guna yang tidak punya maruah dan harga diri.

Kemudian keadaan menjadi sedikit kecoh apabila van yang dinaiki oleh pihak keselamatan kolej, dan turut dihadiri oleh beberapa staff dari bahagian hal ehwal pelajar. Mula-mula mereka hanya memerhatikan kami yang berdemonstrasi. Tiba-tiba ada satu lagi gangguan, entah sialan mana yang pasang mercun bunga api di belakang cafe, dan ada pula yang membaling mercun dari atas dorm – semuanya hanya satu sebab, iaitu menggangu demonstrasi mendesak penurunan harga yuran. Demonstrasi ialah jalan terakhir, sebelum menghantar memorandum pada hari ini. Para peserta demontrasi ada sedikit berundur apabila sebuah kereta wira putih, iaitu kereta polis lalu berhampiran tapak demonstrasi, polis keluar, dan memerhatikan kami. Seorang wakil daripada bahagian hal ehwal pelajar berunding dengan ketua demonstran, dan diminta bersurai.

Akhirnya persetujuan dibuat, dan semua bersetuju untuk bersurai, pihak polis juga menyuruh kami bersurai dan tidak mahu lagi melihat ada orang berkumpul. Demontrasi berakhir kira-kira jam 10.30 malam semalam.

p/s : Saya tidak sertakan sebarang foto/gambar, kerana ketika itu saya tertinggal handphone saya di dalam bilik. Oleh kerana terlalu teruja, saya turun ke bawah dorm dengan laju sehinggakan terlupa untuk merakamkan detik-detik bersejarah itu. Kami ingin membuktikan bahawa kami juga boleh berfikir dan tidak mudah diperbodohkan. Tapi saya sedikit kecewa kerana masih ramai lagi yang tidak turun, dan setakat memerhatikan dari jauh, sama ada dari asrama/dorm ataupun di tepi-tepi jalan. Inilah Melayu, bangsa yang pengecut dan tak punya maruah.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: