jump to navigation

Ya Allah, Berkatilah Gerakan Ini November 11, 2009

Posted by Yakuza in Catatan.
trackback

Tadi hati saya menjadi sedikit sebak tatkala seorang senior berkata hatinya hanya pada Allah (tawakkal), dan seorang lagi berkata bahawa dia takut jika Allah melumpuhkan gerakan ini. Tadi pihak MPP kolej kami menjemput semua mahasiswa berkumpul di Pusat Konvensyen bagi menerangkan perkara yang berbangkit sejak kebelakangan ini, turut dihadiri beberapa pegawai HEP, pegawai pentadbiran, dekan, pensyarah, dan juga Timbalan Rektor. Tapi tiada kesepakatan ditemui. Pihak MPP dan HEP seolah-olah bermain wayang. Memandangkan perjumpaan tadi tidak membawa sebarang penyelesaian, pihak GMS dan penyokong-penyokong (termasuk saya) bertindak keluar dari dewan tersebut tanda protes.

Objektif GMS hanyalah memastikan yuran turun, semua pelajar mendapat manfaat, bukannya mendengar ceramah dan celoteh wakil MPP dan beberapa pegawai yang lain. Dan ditegaskan bahawa GMS sudahpun membuat perancangan teliti, termasuk menggunakan khidmat peguam bagi mana-mana pelajar yang teraniaya (sama ada bantuan dan pinjaman disekat, atau sebagainya). Saya mendapat tahu mereka juga telah berbincang dengan EXCO Pendidikan Negeri Selangor Dr. Halimah Ali.

Walaupun tadi kelihatan kumpulan GMS hampir-hampir tewas pada perjumpaan tadi, tapi semangat dan kekuatan tetap dikekalkan dan beristiqamah. Beberapa tonggak GMS berkumpul sesama sendiri di hadapan masjid selepas keluar daripada Pusat Konvensyen, saya yang kebetulan lalu di situ turut menyertai mereka, mendengar komentar mereka sendiri. Setakat ini GMS di kolej ini masih lagi belum cukup kuat, maklumat perlu disampaikan kepada pelajar sehinggakan mereka yakin, dan beberapa pimpinan GMS bersedia menerima dan berhadapan dengan apa saja hukuman yang bakal menimpa. Saya sedih terkenangkan mereka. Mereka bukannya buat semua ini untuk kepentingan diri mereka, tapi untuk semua. Ada juga pelajar yang memperlekehkan mereka ini.

Pihak-pihak yang lain hanya mementingkan imej kolej yang bakal dinaiktarafkan menjadi universiti, lebih pentingkan maruah pensyarah, berbanding kesusahan pelajar yang menuntut di sini. Tadi saya sempat bercakap seketika dengan pengerusi GMS, dan beliau meminta saya tolong sebarkan maklumat kepada pelajar-pelajar lain. Saya hanya katakan saya akan buat sekadar yang mampu.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: