jump to navigation

Pizza Pah November 17, 2009

Posted by Yakuza in Catatan, Makanan.
trackback

Seperti yang dirancang, malam tadi saya dapat juga membeli pizza daging keluaran Pizza Pah. Ia dijual di gerai-gerai yang terletak di bahagian tempat letak kereta berhampiran dengan asrama siswa. Sempena minggu keusahawanan di sini. Pizza ini mempunyai beberapa jenis – ayam, daging, kerang, dan tuna (tak silap saya). Saya memilih daging. Produk ini bolehlah dipuji kerana ia produk daripada orang Islam, dan kesemua pekerja-pekerjanya adalah daripada orang Islam. Bagi yang saiz kecil harganya $9, yang besar pula $15. Tapi saya tengok tak ada bezanya saiz besar dan kecil, kalau besar pun hanya besar sikit saja dari yang kecil itu. Untuk berjimat, saya membeli yang kecil.

Dari segi rasa, memang sedap. Lebih nikmat malam tadi kerana dimakan bersama air jambu batu. Walaupun tidak dapat menandingi beberapa jenama Pizza terkemuka, tapi boleh tahanlah. Rasanya enak sikit daripada pizza-pizza biasa yang terdapat di kedai kek. Cuma bagi saya harganya saja yang tak padan dengan saiz. Potongannya juga kecil-kecil. Mungkin pengusahanya sudah dipengaruhi oleh kapitalisme (minimumkan pengeluaran, maksimumkan keuntungan). Walau apapun, produk halal buatan orang Islam patut diberi sokongan. Bukannya mudah kita melihat bumiputra maju di dalam perniagaan. 

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: