jump to navigation

Peluk Anjing November 18, 2009

Posted by Yakuza in Agama, Catatan, Renungan.
trackback

Manohara Odelia Pinot, perempuan yang digilai oleh kerabat diraja Kelantan, Tengku Fakhry.

 

Memang tidak salah memegang anjing, tapi kalau ia boleh membawa fitnah kepada masyarakat, ia boleh mengundang dosa. Gambar diatas sebagai hiasan. Orang Indonesia memang boleh buat apa saja, sesuai dengan budaya mereka di sana. Saya tujukan tulisan ini khas untuk pemilik blog MyKittun. Umum kita mengetahui bahawa masyarakat Melayu Islam di Malaysia bermazhab Syafie, dan rata-ratanya menganggap anjing itu binatang yang harus dijauhi dan bernajis. Di dalam Islam, kalau mengikut mazhab Maliki, orang Islam boleh menyentuh dan membela anjing, tapi pastikan tangan yang menyentuh dan badan anjing tersebut kering. Jika salah satunya basah, mesti samak menggunakan air 6 kali bersama air tanah sekali. Tapi untuk membela mesti mempunyai sebab. Contohnya untuk menjaga rumah, berburu, dan sebagainya.

Kalau kamu nak sangat bela anjing, bermesra-mesra dengan haiwan itu, itu hak kamu. Tapi yang masalahnya kamu seolah-olah tidak faham dengan persepsi masyarakat Islam dinegara ini yang memang tidak membela anjing, jadi perbuatan kamu itu telah mendatangkan fitnah walaupun kamu sendiri mendakwa kamu mengikut Maliki. Tak perlulah sampai mengambil gambar bermesra dengan anjing, kemudian tunjukkan kepada semua orang. Kamu nak amalkan mazhab kamu, suka hati kamulah. Tapi jangan sampai mengundang fitnah kerana ia tidak sesuai dengan budaya masyarakat Islam disini yang majoriti bermazhab Syafi’e. Itu sudah boleh mendatangkan dosa.

Tentang gambar Manohara di atas, itulah perempuan yang digilai oleh kerabat diraja Kelantan. Dengar cerita kerabat diraja Kelantan pun ada bela anjing. Tapi tak apalah, sebab tertutup, dan mereka tak tunjukkan di khalayak ramai.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: