jump to navigation

Poligami December 17, 2009

Posted by Yakuza in Agama, Catatan, Renungan.
Tags: ,
trackback

Poligami – inilah perkataan yang paling dibenci atau tidak disukai oleh golongan wanita. Dan perkataan ini jugalah merupakan perkataan yang disukai oleh orang lelaki. Jika kita membelek kitab-kitab lama, ada dinyatakan bahawa lelaki pasti akan ada terdetik walaupun sedikit di hati mereka untuk beristeri lebih dari satu. Jika tiada, bermakna lelaki itu tidak normal.

Begitulah mukaddimah pembentangan saya di kelas semalam, bagi subjek Fiqh Islami 2 (bab Munakahat – saya mendapat tajuk “Poligami : Dari Perspektif Wanita Dan Islam”). Selesai saja saya menyatakan mukaddimah seperti di atas, satu tepukan kedengaran datangnya daripada rakan-rakan lelaki. Agak gawat juga pembentangan kami semalam (saya bersama seorang lagi kawan). Memang dari awal-awal lagi saya mengagak bahawa majoriti perempuan di dalam kelas tidak menyukai poligami.

Kerana setiap kali saya kemukakan hujjah serta bukti, pasti akan ada suara yang mencelah membuatkan kelas riuh seketika – riuh kerana pelajar perempuan berdebat dengan pelajar lelaki, dan lagi satu riuh kerana pelajar perempuan mencelah. Walaubagaimanapun, yang pasti bukan kerana pergaduhan kerana suasana semalam penuh dengan santai dan gelak ketawa. Sehinggakan saya di depan terasa amat gemuruh kerana pelajar perempuan sering mencelah. Perempuan tidak menyukai poligami berdasarkan kes-kes yang telah berlaku – kebanyakannya diabaikan oleh suami, di samping tidak suka berkongsi kasih. Saya nyatakan kalau lelaki mahu berpoligami, mesti memenuhi syarat-syarat yang tertentu :

1) Beragama dan bertaqwa

2) Memahami konsep dan hakikat poligami – adakah poligami hanya untuk berseronok ataupun kerana Allah

3) Berlaku adil dari segi nafkah dan material – tidak termasuk berlaku adil dalam kasih sayang, kerana kasih datangnya dari hati, tidak boleh dibahagi-bahagi.

Penyebab yang menjadi punca poligami dibenci dan dipandang serong adalah berpunca daripada lelaki yang gagal memenuhi ciri-ciri di atas. Di samping itu juga, kaum wanita mungkin terpengaruh dengan drama-drama swasta yang menceritakan sikap buruk suami berpoligami dan nasib malang isteri yang dimadukan. Poligami ini ada hikmahnya yang tersendiri.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: