jump to navigation

Oh Tuhan! Umat Jenis Apakah Ini??! December 28, 2009

Posted by Yakuza in Agama.
Tags: , , ,
trackback

Apakah kita masih boleh bergelak ketawa sewaktu Imam Husain dan para pengikutnya dibantai tanpa belas kasihan di padang pasir yang panas terik. Apakah kita masih boleh bercanda sambil menghirup minuman yang enak sedangkan rombongan Ahlul Bait Muhammad Rasulullah SAAW beserta pendokong-pendokongnya dalam keadaan kelaparan, keletihan, dan haus selama beberapa hari. Oh alangkah kejinya apabila Sungai Furat yang merupakan mahar kepada Sayyidatuna Fatimah az-Zahra tidak diberikan hasilnya kepada puteranya sendiri di Padang Karbala, sedangkan orang-orang kafir, babi dan anjing bebas menikmati air yang mengalir dari sungai tersebut.

Oh tuhan! Umat jenis apakah ini! Mereka menjemput Imam Husain ke Kuffah akan tetapi mengkhianati baginda dengan tidak memberi sedikit pertolonganpun kepada rombongan baginda yang berhempas pulas menghadapi tentera-tentera Yazid laknatullah yang diketuai oleh Umar ibn Saad laknatullah. Mereka lebih terpesona dengan imbalan yang disediakan oleh Khalifah Yazid bin Muawiyah laknatullahi ‘alaihima berbanding dengan imbalan yang disediakan oleh Rasulullah SAAW beserta puterinya az-Zahra yang berupa syafaat di hari akhirat. Nabi meninggalkan Ahlul Bait untuk disayangi dan dicintai, bukannya dihina, dikeji, dan dibunuh.Ya Allah! Kau turunkanlah laknat dan bala kepada pembunuh-pembunuh Ahlul Bait beserta pengikutnya di Karbala. Ya Nabi! Janganlah sesekali engkau memberi syafaat kepada pembunuh dan penyokong kepada pembunuh cucu kesayanganmu. Oh Zahra! Saksikanlah, kami membela puteramu.

Wahai Ahlul Bait! Sesungguhnya aku berdamai kepada sesiapa yang berdamai dengan kalian. Dan aku memerangi siapa yang memerangi kalian.

“Kalaulah Agama Muhammad SAAW Tidak Tegak Kecuali Dengan Terbunuhnya Aku, Wahai Pedang-Pedang Penggallah Aku”

“Hanya Dengan Kematianku Dan Darahku, Kebenaran Islam Dan Sunnah Datukku Muhammad Rasulullah SAAW Dipertahankan” – Imam Husain a.s

Allahummal ‘an qatalatal Husain.

Comments»

1. Muntadzar - December 29, 2009

Selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasullullah s.a.w dan seluruh ahlul bait baginda. Marilah kita sama2 sedekahkan Al Fatihah kepada Rasullullah saw, Imam Ali b Abi Thalib kwh dan Saidatina Fatimah, Saidina Hassan & Saidina Hussain setiap kali selepas solah sebagai tanda kita mencintai mereka semua. Al fatihah.

2. Ziee - December 29, 2009

Mencintai cucu Rasulullah s.a.w adalah mulia namun pada masa yang sama membenci para sahabat nabi s.a.w yang tidak terlibat dalam pembunuhan cucu baginda adalah adalah kekeliruan yang menyedihkan.

Syafaat nabi s.a.w tidak akan sampai kepada orang yang membenci sahabat yang dicintainya seperti Abu Bakar,Umar dan Usman walaupun setengah mati orang itu mencintai Ali dan cucu baginda sehingga memukul-mukul diri dan muka sendiri sehingga mencederakan diri sampai berdarah-darah.

Reformis Jalanan - December 29, 2009

Sila nyatakan bukti atas kenyataan sdr/sdri itu. Berkenaan dengan memukul-mukul diri sehingga berdarah, ianya telah difatwakan haram oleh almarhum Imam Khomeini RA. Perbuatan sebegitu banyak di wilayah-wilayah Iraq kemungkinan disebabkan oleh tradisi.

3. al-Mawaddah - December 29, 2009

Karbala,pembantaian paling tragis.laknat Allah utk sekutunya Yazid dan moga2 kita memperoleh syafa’at Nabi dan Ahlul bait tercinta

4. Aalul Beyt - December 29, 2009

Imam Ali berkata:
“Sahabat anda ada tiga dan musuh anda ada tiga. Sahabat anda ialah sahabat anda, sahabat dari sahabat anda dan musuh dari musuh anda. Dan musuh anda ialah musuh anda, musuh sahabat anda, dan sahabat musuh anda.”

Jadi, bagaimana mungkin mencintai seseorang tetapi mencintai musuhnya juga?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: