jump to navigation

Ketagih Kopi January 9, 2010

Posted by Yakuza in Catatan.
Tags: , ,
trackback

Pertama kali saya mula membeli kopi di sebelah (warna perang) ialah pada lebih kurang 2 minggu yang lalu. Sekadar mahu mencuba. Kali pertama mencuba, rasa agak pahit. Kalau dibandingkan dengan Nescafe dalam tin, Nescafe lebih sedap. Pada mulanya saya membeli Kopi Suntory Boss ini buat menggantikan air Milo di dalam tin, kerana Milo di kedai yang saya selalu pergi itu sudah habis.

Selepas minum kopi ini pada malam tersebut, saya mula mengalihkan selera daripada membeli air tin Milo kepada kopi ini. Pada mulanya agak pahit, lama kelamaan rasa pahit itu seolah-olah hilang dan digantikan dengan satu kenikmatan. Sekarang boleh dikatakan saya membeli air kopi ini tiap-tiap hari. Bahkan sesekali saya meminum 2 tin dalam sehari. Harganya sangat berbeza. Saya selalu beli di kafe yang terletak berhampiran dengan tempat kediaman. Harganya $1.80. Di koperasi pula harganya $1.90. Dan di Seven Eleven yang terletak di luar kolej, harganya menjadi genap $2.

Saya sudah mula menggantikan makanan kepada air kopi ini. Biasanya pelajar kolej seperti saya, kalau nak berjimat biasanya makan mi segera. Tapi saya tidak. Sama ada untuk berjimat atau untuk kurangkan makan, saya mengisi perut dengan kopi ini. Ya saya sudah ketagih. Kopi ini sangat sedap. Buat masa sekarang, saya hanya rajin membeli kopi yang tinnya berwarna perang (original). Yang berwarna putih itu (Latte) saya belum lagi merasainya. Setiap hari saya akan peruntukkan sekurang-kurangnya $2 untuk kopi ini. Semenjal 2 minggu lepas, saya tak pernah miss walaupun sehari untuk menikmati kopi ini. Sehinggakan stok kopi ini di dalam peti ais kafe tersebut hampir kehabisan! Dan sayalah yang menghabiskannya.

Saya rasa saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Nescafe kerana saya sudahpun menemui penggantinya. Heh🙂 . Saya rasakan hari saya tidak lengkap tanpa setin Suntory Boss. Jika sebelum ini saya mengatakan Nescafe merupakan kopi yang paling sedap, sekarang tempatnya sudah digantikan dengan Suntory Boss. Buat yang kali pertama yang merasai kopi ini, pasti akan terasa pelik kerana ia pahit. Tapi lama kelamaan, rasa tersebut secara sendirinya akan hilang.

Comments»

1. Ahmedi Najad - January 11, 2010

Satu ujian makmal yang termuat didalam Journal of Agr, mendapati kopi bagus untuk gigi. Asid klorogenik, asid nikotin dan trigonelin yang terkandung didalam kopi dapat membantu mencegah bakteria agar tidak melekat pada gigi dan menghalang kerosakan gigi. Namun ujian selanjutnya masih lagi dijalankan.

Sumber: Majalah MIDI

2. M-16 - January 11, 2010

mcm2 kopi ada n klu nk bli kna hati memilih kopi ni coz skg nih mcm2 blh jd mklum sj la msing2 nk cpt kaya lg plk harga bhn mentah naik jd kualiti makanan diabaikan yg jd magsa kitalh/pengguna…

cma pndapat je…

regards,
m-16


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: