jump to navigation

Makanan Tengahari Yang Tidak Memuaskan January 19, 2010

Posted by Yakuza in Catatan, jalan-jalan.
trackback

Baru saya tahu kenapa kedatangan saya ke sebuah restoran yang boleh dikatakan “ada klas” disambut dengan mesra oleh para pelayan. Senyuman, pelawaan, ucapan “Annyong Haseyo” dan “Gamsahamnida” rupa-rupanya dibayar oleh saya. Mereka melayan saya sebegitu rupa kerana dibayar. Mungkin juga boleh disebut sebagai Bayaran Perkhidmatan. Entahlah. Masa nak masuk tu hati berbelah bahagi juga, tapi oleh rasa ingin tahu, masuk juga ke restoran tu.

Nasib baik duit cukup. Kalau tak, merah padam muka tahan malu. Tak pun muka dah jadi tebal 10 inci. Tak apa, anggap saja ianya satu pengalaman. Terkejut beruk juga bila bil dibawa kemari. Saya kira-kira, mungkin jumlahnya dalam RM 31, tapi sebaliknya saya terpaksa membayar perkhidmatan yang diberikan kepada saya dengan jumlah RM 8 lebih. Dah la nak makan dalam tu kena cakap English. Nasib baik tak ada masalah. Tapi masa makan dalam restoran tu, terasa diri ini seolah-olah VIP pula hehehe…🙂

Saya memesan mi yang dimasaka bersama makanan laut (wheat noodle with seafood). Tapi tak habis, terutamanya makanan laut tu. Ada ketam, udang, sotong, dan kepah. Tapi saya hanya jamah udang, yang lain-lain tak boleh makan. Lauk tambahan pula ialah taugeh, sayur hijau, sepotong ikan, dan tauhu. Air pula saya pesan Ice Lemon Tea.

Selesai makan, saya minta bil. Pelayan tadi bawakan pencuci mulut (4 potong tembikai, saya habiskan 2 potong). Dan bilnya dalam fail di sebelah chopstick tu..

Lihat jumlahnya.. RM 39.10. Dengan selamba saya keluarkan RM 40 walaupun dalam hati dah terkejut tahap maksima. Mahalnya! Nasiblah. Kadang-kadang terasa jugak nak makan benda-benda camni. Mungkin sekali seumur hidup, manalah tahu.

Comments»

1. aty comey - January 21, 2010

salam
sape la sruh mkn kat tmpat mhal
standard la tu
service mesti bek punya
thats y charge mhal2 pa la
nk kna dah ni

reformisjalanan - January 21, 2010

Dah tau tempat tu mahal. Tapi charge dia lebih dari apa yang dijangka huhuhu. Biasalah nak mencuba.😉

2. M-16 - January 21, 2010

restoran korea ek?! Ahaks! biasa la bro, service baik, reger pun mesti la baekk punya.

reformisjalanan - February 22, 2010

Yup. Da-On Restaurant, Pavilion, KL.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: