jump to navigation

Menjadi Ronin January 29, 2010

Posted by Yakuza in Catatan.
Tags:
trackback

Istilah “Ronin” merupakan istilah yang berasal daripada Jepun, di zaman dahulu ia merujuk kepada segolongan Samurai yang tidak mempunyai tuan. Biasanya tempat mereka di jalanan, gaya yang agak selekeh, pedang mereka kebiasaannya lebih panjang daripada pedang samurai biasa. Adakalanya sebahagian daripada mereka melakukan jenayah untuk mencari sesuap nasi.

Di zaman moden, istilah Ronin merujuk kepada pelajar sekolah tinggi di Jepun yang gagal dalam ujian kemasukan ke Universiti/Kolej. Setiap pelajar tahun akhir di sekolah tinggi (biasanya tahun 3) akan memilih universiti manakah yang mereka mahu pergi, dan jika mahu memasuki universiti tersebut perlulah menduduki ujian yang disediakan oleh pihak universiti terbabit. Jika berjaya, sebaik saja memiliki diploma, mereka akan bersiap sedia ke uniersiti tersebut. Namun jika gagal, mereka mendapat gelaran “Ronin”.

Sistem pendidikan di Jepun, pelajar yang berjaya menghabiskan pelajaran di sekolah tinggi akan dianugerahkan segulung diploma, dan akan ada majlis konvokesyen di sekolah.

Yang saya ingin ceritakan adalah mengenai diri saya yang bakal menjadi Ronin. Walaupun sistem pendidikan Malaysia tidak sama dengan Jepun, namun dengan hanya diploma, tanpa menyambung ke peringkat lebih tinggi, saya seumpama seorang Ronin. Kerana saya hanya bakal memperolehi diploma, dan tidak akan memperolehi ijazah/degree. Kerana saya tiada perancangan untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Tempoh untuk saya graduate lebih kurang setahun lebih lagi, dan selepas itu tidak akan menyambung ke mana-mana.

Saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil MUET (Malaysia University English Test). MUET diperlukan untuk seseorang menyambung ke peringkat Ijazah. Dengan ini, saya bakal bergelar “Ronin”. 😉

Comments»

1. azura - February 2, 2010

kenkadang apa bila buat sesuatu tanpa merujuk tuh lah yang menyebabkan jalan diambil rasa tak kena.. ..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: