jump to navigation

Alternatif Dari China February 10, 2010

Posted by Yakuza in Catatan.
Tags: , ,
add a comment

China memang pakar dalam bab barangan cetak rompak nih. Barangan buatan negara inipun kita mudah dapati di mana-mana saja. Sama ada pakaian, barangan elektronik, dan sebagainya. Pasti akan ada “Made In China”. Terlalu mudah didapati. Hangphone canggihpun ada versi cetak rompaknya daripada China. Nokia N-Series, I Phone adalah salah satu contoh. Senang didapati di mana-mana. Paling banyak ialah di kaki lima 😉

Sampaikan website pun depa copy! Huh memang genius tahap gaban kaum Cina nih. Website Google diciplak menjado Goojje (http://www.goojje.com/). Saya dapat tahu, mereka menciplak website Google ini kerana syarikat Google mengugut mahu keluar daripada rangkaian internet di China kerana kerajaan China menyekat dan menapis maklumat internet kepada rakyat mereka. Keras kepala juga China ini ye. Tak mudah mengaku kalah. Selain daripada Google, Youtube juga menjadi mangsa. Mereka membuat website yang seakan-akan Youtube (tapi kualitinya kurang) iaitu You Tube CN (http://www.youtubecn.com/).

Tapi bagi saya, YouTubeCN ini ada faedahnya. Di Kolej saya, entah mengapa pihak pengurusannya menyekat website YouTube. Jadi, tidak boleh membuka YouTube menggunakan wireless. Kalau nak juga, sila beli broadband. Jadi, saya terbaca berita mengenai YouTubeCN ini didalam akhbar, dan cuba membukanya melalui wireless di sana. Hasilnya, dapat juga! Dapatlah saya menikmati video YouTube walaupun daripada website cetak rompak dan kualiti yang agak kureng! Inilah alternatif daripada China.