jump to navigation

Belajar Bahasa Asing February 22, 2010

Posted by Yakuza in Catatan.
trackback

Belajar bahasa memerlukan praktis. Bagi saya, kebanyakan matapelajaran lain kita tidak perlu menyeksa diri dengan “study hard”. Yang diperlukan hanyalah “study smart”. Tapi bagi subjek bahasa, tak kisah la bahasa apa pun, hendak atau tidak kita kena “study hard’ kerana ia bersangkut paut dengan kemahiran. Sebab itulah walaupun sehari sebelum peperiksaan English, saya tak buat apa-apa. Buka buku pun tak. Subjek English kena study apa? Bukannya soalan keluar sama bentuk dalam buku. Ia memerlukan kemahiran.

Saya ambil subjek Mandarin. Tapi hanya subjek asas sahaja. Akibat tidak “study hard”, saya hanya tahu beberapa patah perkataan dan tahu membuat ayat ringkas sahaja. Bukan apa, banyak kekangan. Banyak subjek yang perlu saya tumpukan dan menyebabkan masa saya bersama Bahasa Mandarin tidak banyak. Kalau nak belajar bahasa dan kuasainya, kita kena “study hard”, memberikan sepenuh tumpuan, dan bergaul dengan ahlinya. Nak kuasai bahasa Mandarin, bergaullah dengan orang Cina. Saya buat masa sekarang tak boleh, sebab bangun tidur tengok muka Melayu, masa makan nampak Melayu, pergi kelas pun tengok muka Melayu.

Saya ada dengar, kadang-kadang kuasai banyak bahasa ini boleh membuatkan seseorang itu jadi bingung seketika ketika bercakap. Contohnya, seseorang itu bercakap dalam bahasa Melayu, tiba-tiba dia berhenti sejenak kerana keliru perkataan apa yang patut dikeluarkan dari dalam kepalanya kerana bahasa-bahasa lain bercampur aduk. Itulah pasal kenapa orang bercakap kadang-kadang diselangi dengan bahasa Inggeris, dan lain-lain bahasa.

Saya ingin menguasai banyak bahasa untuk memudahkan saya merantau di negara orang. Buat masa sekarang, saya hanya perlu mantapkan Bahasa Inggeris dan belajar lagi Mandarin. Kemudian lepas kedua-dua itu selesai, saya akan mula belajar bahasa lain pula. Cuma agak memerlukan masa, tumpuan, dan sebagainya.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: