jump to navigation

Book Previews

Dual Language Page

(Nov 15 2012)

 Tajuk : Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali

Penerbit : Strategic Information and Research Development Centre

Harga : RM 38

Penulis :  Syed Husin Ali

Memoir ini dibeli oleh saya di Kinokuniya KLCC pada8 Januari 2012, hari pertama saya menjejakkan kaki di KL setelah lebih kurang 4 bulan saya ‘beristirehat’ di kampung.

Memoir ini terbahagi kepada 9 bab, permulaannya Syed Husin menceritakan kenangannya sewaktu masih bergelar kanak-kanak dan sewaktu penjajahan tentera Jepun. Kemudian meningkat remaja dan suka duka beliau dalam arena politik. Pengalaman semasa kecil, pengaruh kedua ibu bapa beliau serta suasana kekeluargaan, pendidikan, kegiatan akademik serta luar akademik diceritakan kerana sedikit sebanyak mempengaruhi sikap hidup beliau.

Soal politik yang ditumpukan di dalam memoir ini berpusat kepada catatan-catatan tentang penyertaan dan pengalaman Syed Husin Ali serta sikap, pandangan dan fikirannya terhadap beberapa isu, perkembangan, peristiwa dan kontroversi politik yang berlaku dalam parti dan negara. Memoir ini juga mendedahkan banyak hal mengenai pertimbangan yang tidak diketahui umum tentang mengapa dan bagaimana sesetengah keputusan politik telah diambil.

—————————————————————————————————————————————

Tajuk : Anak Apak : Memoir Politik Kewartawanan

Penerbit : Kemilau Publika Sdn. Bhd.

Harga : RM 25

Penulis : Subky Abdul Latif

Saya gemar membaca memoir. Antara pilihan saya apabila berkunjung ke kedai buku adalah di bahagian penulisan memoir. Saya suka membaca kisah-kisah dan pengalaman seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi.

Saya membeli memoir ini pada tanggal 6 Februari 2012 di Ampang Point. Ketika itu saya masih lagi ‘berkelana’ sebagai seorang penganggur. Memoir tulisan Haji Subky Abdul Latif (bekas calon PAS, penulis rencana akhbar Harakah) membentangkan pengalaman hidup dan pahit getir sebagai anak keturunan Jawa di tengah-tengah masyarakat Melayu kampung ketika mula mengenal dunia dalam kesengsaraan penjajahan Jepun.

Antara pengalaman menarik yang diceritakan oleh penulis ialah bagaimana beliau menjadi teman main bola anak Chin Peng, yang ketika itu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya. Kadang-kadang beliau ke kedai keluarga Chin Peng di Simpang Empat, Sitiawan.

 

 ——————————————————————————————————————-

 Tajuk : Saya Pun Melayu

 Penerbit : ZI Publication

 Harga : RM 30

 Penulis : Zaid Ibrahim

 Saya membeli buku ini kira-kira 3 tahun lepas (akhir tahun 2009), tapi akibat kemalasan saya tidak memasukkannya ke dalam blog. Ehehehe..

Secara ringkasnya, apa yang Zaid Ibrahim cuba sampaikan di dalam buku biografi ini ialah pandangannya tentang kepentingan kaum Melayu yang sering disalah anggap oleh pemimpin-pemimpin politik sebagai ‘orang yang tak kenang budi’.

Seperti buku-buku lain, Zaid Ibrahim menceritakan kisah hidupnya sewaktu kecil, keadaan keluarganya, latar belakang pendidikan dari STAR ke London. Zaid mempunyai banyak poin dalam menyatakan pandangannya, walaupun ada sesetengahnya yang saya langsung tak setuju. Zaid terlalu memuji muja Mahathir Mohamad dan penyokong kuat PPSMI.

Walaubagaimanapun, kegigihan dan kesungguhan beliau dalam menongkah arus cabaran di dalam hidup wajar dicontohi oleh generasi kini.

————————————————————————————————————–

Title : Tapai : Travel & Guilty Pleasures of a Fermented Malaysian

Published by : ZI Publication

Price : RM 45

Author : Hishamuddin Rais

I bought this amazing book at Kinokuniya located on the top level inside Suria KLCC. This book has written by the person I admire most. I love to read someone travel journals and experiences – one of the reason is that can be may guidance if one day I’d be a traveler. This book is contain the compiled articles written by him in Off The Edge Magazine – story about the food  he found during travel to many places. He stated the features of better food, what kind of food that brings satisfaction, and he also suggested the restaurant that serves fine cuisine.

He traveled to many places. He gain many experiences, many things he looked with his own eyes and surely he is very rich with tips. And I – only admire to him just on this part. There’s certain part of his life I can’t follow because contradict with my belief, culture and lifestyle. Anyway – this is a good book. I have a good time and enjoy when read this book. I suggested this book to those who love to travel and also to food lover. Cheers!  :)

————————————————————————————————–

A History of God (Karen Armstrong)

(6th May 2010) Now I’m waiting to to purchase this book. Looks interesting. I found this book 2 times, first at Kinokuniya KLCC and second at KLIA LCC Terminal, but I have no opportunity to buy it yet. I’ll give a comments about it once after I’m buying and read it.

——————————————————————————————————————————

phpThumb_generated_thumbnailjpg (2)

Tajuk Buku : Ikan Tawar Untuk Lego

Keluaran : PTS One Sdn. Bhd

Harga : RM 13.50

Penulis : Nia dan Ima Imrani

Ulasan : Saya biasa mengikuti blog Noraini Ammran. Buku kecil ini adalah hasil pertama beliau bersama adik beliau. Saya berminat untuk membeli buku ini setelah beliau mempromosikan buku ini di dalam blog beliau. Hasilnya, saya dapatkan buku ini di Ampang Point beberapa minggu lepas. Dan pendapat saya ialah buku ini hanya sesuai bagi kanak-kanak pra-UPSR. Jalan ceritanya bagi saya amat tidak logik dan agak membosankan. Tapi yang membuatkan saya menghabiskan buku yang setebal 230 muka surat ini ialah tentang beberapa info yang berguna tentang kucing, contohnya sewaktu kucing melilitkan ekor ke badannya. Bermakna ia mahu berehat dan tak mahu diganggu. Dan apabila kucing melibas-libaskan ekornya, ia memberi signal supaya jangan diganggu. Juga mengenai makanan yang sesuai diberi kepada kucing untuk mengelakkan bulunya gugur, dan beberapa kaedah penjagaan kucing. Kesimpulannya, saya hanya boleh memberi 2 bintang sahaja.

———————————————————————————————————————

phpthumb_generated_thumbnailjpg

Tajuk buku : Travelog Iran : Menyingkap Misteri Bumi Ahmadinejad

Keluaran : PTS

Harga : RM 36

Ulasan : Buku ini sangat bagus dibaca bagi mereka yang ingin tahu suasana kehidupan di Iran, sikap rakyatnya, dan tempat-tempat yang menarik yang patut dilawati. Buku ini ditulis oleh seorang warganegara Indonesia, Dina Sulaiman bersama suaminya Otong Sulaeman sewaktu mereka tinggal di Iran pada 1999 hingga 2007 kerana bekerja di sebuah syarikat penyiaran. Saya membeli buku ini pada awal Julai lalu di Kuala Terengganu sewaktu cuti pertengahan semester. Sangat bagus dan berbaloi. Tak rugi membelinya, berpatutan dengan harganya. Asalnya bahasa Indonesia tapi diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia oleh PTS Publications.

Ia menceritakan kehidupan seharian masyarakat di Iran, lawatan-lawatan ke tempat menarik, catatan perjalanan, serta menceritakan sedikit sebanyak mengenai masyarakat Majusi, bagaimana hubungan penganut Ahlus Sunnah wal Jamaah dan Syiah di Iran (baik-baik saja), serta yang agak menarik ialah adanya azan Sunni di Iran (Shiraz) dan juga perkahwinan di antara orang Sunni dan Syiah. Sangat menarik.  :)  Dapat 4 bintang!

p/s : Saya juga akan ada ulasan mengenai buku lain yang telah saya beli, kebanyakannya tentang politik, jadi saya akan ulaskannya di blog saya yang satu lagi, di sini saya hanya ulaskan mengenai buku yang tidak berkaitan dengan politik Malaysia, memandangkan ini adalah blog personal yang bebas politik😉

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: